awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Miami: Andy Murray lanjut tempoh rehat susulan kecederaan buku lali

Astro Arena
Astro Arena
26/03/2024
02:15 MYT
Terbuka Miami: Andy Murray lanjut tempoh rehat susulan kecederaan buku lali
Murray rebah ke lantai selepas cedera di pergelangan kakinya ketika berlari ke arah jaring untuk mendapatkan pukulan. - Foto AP
BEKAS pemain nombor satu dunia, Andy Murray terpaksa berehat panjang disebabkan kecederaan serius pada bahagian buku lali selepas tewas kepada Tomas Machac Isnin lalu.
Murray tewas dalam pertemuan bersama pemain Czech itu dengan keputusan 7-5, 5-7, 6-7, tetapi dia terpaksa meninggalkan Amerika Syarikat dengan isu yang lebih penting.
Ketika permainan ke-10 set terakhir, Murray rebah ke lantai selepas cedera di pergelangan kakinya ketika berlari ke arah jaring untuk mendapatkan pukulan yang memastikan mata kemenangan permainan itu.
Murray diberikan waktu rehat medikal tetapi menolak dan bangkit meneruskan perlawanan hanya untuk kehilangan mata penentu pada keputusan seri.
Pemain berusia 36 tahun yang bakal bersara akhir tahun 2024 itu, kini mengesahkan kecederaannya yang melibatkan kedua-dua ligamen Anterior Talo-Fubular (ATFL) dan ligamen Calcaneofibuler (CFL) pecah.
"Menjelang hujung perlawanan saya di Miami semalam, saya mengalami koyak penuh ATFL dan hampir pecah sepenuhnya ketebalan CFL saya.
"Saya bakal berjumpa pakar perubatan setelah pulang untuk menentukan langkah seterusnya.
"Tidak perlu katakan ini adalah sesuatu yang sukar buat saya dan saya akan menghilang untuk tempoh yang agak lama.
"Tetapi semestinya saya akan kembali dengan satu pinggul dan tanpa ligamen buku lali apabila tiba masanya," kata Murray. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Andy Murray
#kecederaan
#buku lali
#terbuka miami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan