awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir

Bernama
Bernama
10/06/2023
23:30 MYT
Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik tamatkan cabaran di separuh akhir
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik (gambar) ketika bermain menentang Liang Wei Keng-Wang Chang dari China pada Terbuka Singapura, 10 Jun 2023. - Facebook BAM
SINGAPURA: Pasukan Malaysia gagal meraih sebarang gelaran dalam Terbuka Singapura 2023 selepas juara dunia beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik menamatkan cabaran pada separuh akhir semalam.
Aaron-Wooi Yik tewas kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dari China 21-16, 15-21, 17-21, sekali gus memburukkan lagi rekod kemenangan 1-4 ke atas lawan mereka itu.
Perlawanan itu adalah pertemuan kelima mereka dan pasangan Malaysia hanya sekali berjaya mengatasi beregu China itu, iaitu semasa Masters Indonesia, Januari tahun ini.
"Kami kecewa tidak bermain dengan baik ketika mata penting.
"Kami perlu lebih fokus. Perlawanan hari ini bukan mudah jadi kami perlu pulihkan diri segera sebelum bermain pada kejohanan seterusnya (Terbuka Indonesia) minggu depan," Wooi Yik memberitahu Bernama selepas perlawanan.
Terdahulu, beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menampilkan aksi mantap sebelum tunduk kepada beregu nombor tiga dunia dari Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 17-21, 22-24.
Kali terakhir Malaysia menjuarai kategori beregu lelaki pada kejohanan itu ialah pada 2008 menerusi Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari.
Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai pula menjadi pemain negara terakhir meraih gelaran di Terbuka Singapura pada 2018 sebelum kejohanan itu tidak dianjurkan pada 2020 dan 2021 susulan pandemik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Terbuka Singapura
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#Liang Wei Keng-Wang Chang
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan