awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tercekik anggur, kanak-kanak dua tahun meninggal dunia 10 hari selepas dirawat

Bernama
Bernama
09/09/2023
16:13 MYT
Tercekik anggur, kanak-kanak dua tahun meninggal dunia 10 hari selepas dirawat
Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik ketika memakan buah anggur, kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital. - Gambar fail
MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat tercekik ketika memakan buah anggur, kira-kira 10 hari selepas menerima rawatan di hospital.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata Nur Aryanna Danisha Muhamad Shaizat disahkan meninggal dunia pada pukul 9.23 pagi tadi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Melaka.
Katanya terdahulu kanak-kanak itu telah menerima rawatan awal di sebuah hospital swasta di Ayer Keroh akibat tercekik ketika memakan buah anggur di rumahnya di Taman Merbok dekat sini, dan doktor di hospital berkenaan telahpun berjaya mengeluarkan buah anggur itu.
Beliau berkata bagaimanapun kanak-kanak itu didapati masih dalam keadaan tidak stabil dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Kanak-kanak itu (kemudiannya) dipindahkan ke Hospital Melaka pada 31 Ogos lepas," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Christopher berkata menurut doktor punca kematian kanak-kanak itu ialah 'Hyporxic Ischaemic Encephalopathy secondary to choking'.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#tercekik anggur
#Polis Daerah Melaka Tengah
#Taman Merbok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan