PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata terdapat keperluan untuk menambah bilangan wanita bagi menjawat jawatan ketua setiausaha (KSU) kementerian dan ketua pengarah (KP).
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
"Kalau ditanya, memang tidak cukup. Secara serius, saya memang ada bincang dengan KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali), kita harus cari jalan supaya pimpinan KSU, KP (daripada golongan wanita) itu bertambah," katanya dalam sesi soal jawab sempena Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) di sini hari ini.
Sesi yang berlangsung lebih dua jam itu turut dihadiri oleh Mohd Zuki, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Presiden PPTD Datuk Seri Isham Ishak, Presiden Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Tan Sri Abdul Halim Ali dan lebih 2,000 PTD.
Ketika ini, antara pimpinan wanita yang mengisi jawatan penting dalam negara ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, KP Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin dan Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi manakala hanya dua yang memegang jawatan KSU iaitu Datuk Maziah Che Yusoff bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Datuk Seri Suriani Ahmad bagi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Menjawab pertanyaan seorang PTD daripada Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai pendekatan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada kumpulan itu, Anwar berkata masih terdapat ruang bagi memperbaiki aspek tatakelola dalam kalangan mereka.
"Pertamanya... mungkin ambil masa untuk baiki tatakelola sebab ada kelemahan tatakelola dari atas ke bawah. Kita kena terus ke depan," katanya.
Perdana Menteri berkata pimpinan tertinggi seperti KSU dan KP juga perlu memberikan mesej yang jelas kepada pegawai bawahan untuk sentiasa menjaga tatakelola serta mengamalkan sikap tawaduk ketika menjalankan tugas.
Mengimbau pembentukan Jemaah Menteri pertama pada Disember 2022 dan amalan sikap tawaduk, Anwar berkata ketika itu, beliau meminta menteri yang baharu dilantik supaya mendengar pandangan KSU serta pegawai kanan kementerian terlebih dahulu sebelum memberikan apa-apa pandangan.
"Saya kata dua minggu pertama, menteri-menteri perlu diam. Jangan cakap soal dasar, jangan beri pandangan kepada KSU, dengar taklimat dan minta pegawai kanan beri pandangan mereka.
"...bila kita masuk dalam bidang baharu, perlu ada sikap tawaduk untuk dengar dan menilai kemudian baru kita beri pandangan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini. -Astro AWANI/Shahir Omar
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM
Laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
Kerajaan Madani berkhidmat untuk semua kaum di Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata Kerajaan Madani memberi layanan yang sama kepada semua kaum meskipun mereka hanyalah minoriti di negara ini.
UMNO komited terus pertahan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
UMNO komited untuk terus mempertahan Kerajaan Perpaduan walaupun ada usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.