awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terdedah bahan pornografi antara punca kes rogol kanak-kanak

Syafique Shuib
Syafique Shuib
01/12/2013
23:50 MYT
Terdedah bahan pornografi antara punca kes rogol kanak-kanak
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk memantau aktiviti-aktiviti anak mereka terutama sekali ketika melayari internet.
Ini kerana pendedahan kepada kandungan pornografi di internet amat mudah dan boleh menyumbang kepada kes rogol di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mungkin ingin meniru apa yang dilihat.
“Apabila mereka sudah masuk dalam dunia akil baligh, naluri untuk melakukan seks itu telah ada, ditambah lagi apabila mereka telah didedahkan dengan banyak elemen-elemen berunsur seks (di internet). Apabila terdapat semua perkara ini, peluang itu telah ada,” kata pakar psikologi kanak-kanak Prof Madya Dr Mariani Md Noor dalam Buletin Awani 745 pada Ahad.
Jawatankuasa Pembangunan Kanak-Kanak Wanita IKRAM Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh berkata golongan ini belum pandai menilai kandungan yang dipaparkan di internet.
Beliau berkata ibu-bapa juga perlu pantau aktiviti anak-anak mereka.
“Apa yang berlaku sekarang ini, para ibu sendiri pun tidak tahu kekunci telefon bimbit anak mereka. Itu menunjukkan kawalan daripada ibu bapa amat longgar.”
Selain itu, Dr Mariani berkata perlu ada pendidikan seks pada usia awal walaupun ada segelintir masyarakat yang menganggap ia sebagai satu pantang larang atau taboo.
“Pendidikan seks bukan bermakna hendak mengajar cara untuk melakukan hubungan seks. Pendidikan seks di peringkat tadika lebih kepada untuk mengenal pasti bahagian sulit lelaki, bahagian sulit perempuan dan sebagainya.
Topic Berkaitan
#Internet
#pornografi
#rogol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan