MARANG: Kerajaan Terengganu telah menjalankan latihan simulasi sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan musim Monsun Timur Laut (MTL) yang diramal berlaku bermula bulan ini hingga Mac depan.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya juga sentiasa berhubung rapat dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mengetahui kedudukan cuaca negara khususnya di Terengganu.
"Kalau ikut ramalan MetMalaysia, MTL mula Sabtu lepas dengan hujan lebat. Alhamdulillah ia tidak berlaku, bagaimanapun kita sentiasa berwaspada dengan sebarang pemakluman yang dikeluarkan sebagai langkah persediaan.
"Apa-apa pun kita dah buat 'dru run' di peringkat bawah untuk bagaimana menangani banjir. Insya-Allah kita bersedia, tapi sama-samalah kita berdoa agar tidak menghadapi banjir yang teruk kali ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir ke Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang sesi 2023-2025 di Dewan Utama Majlis Daerah Marang di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri juga sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelbagai agensi baik di peringkat Persekutuan mahupun negeri dalam memastikan pengurusan bencana berjalan lancar.
MetMalaysia dalam satu kenyataan pada 6 Nov lepas menjangkakan MTL atau musim tengkujuh di Malaysia bermula pada Sabtu (11 Nov) lepas dan berterusan hingga Mac depan, dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Ahmad Samsuri ditemu bual pemberita pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan JPKK 2023- 2025 bagi DUN Rhu Rendang di Dewan Utama Majlis Daerah Marang, hari ini. - Foto Bernama
Helikopter terhempas, Presiden Iran disahkan maut: Apa makna kepada Iran, dunia Islam?
Ikuti ulasan Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dato' Haji Ahmad Azam Ab Rahman mengenai tragedi helikopter terhempas yang meragut nyawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi pada Isnin.
Pembunuh Muntik Bani terlepas hukuman gantung
Seorang bekas penjual tebu yang membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani terlepas hukuman gantung.
15 ditahan kes masak mi segera di stesen minyak di Genting Highlands
Polis menahan 15 individu berkaitan kes tular yang dipercayai melakukan aktiviti memasak mi segera di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, baru-baru ini.
Berdepan masalah jantung, Uyaina Arshad pilih bersalin secara pembedahan
Pasangan selebriti Uyaina Arshad melahirkan rasa syukur apabila dia sudah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada Jumaat lalu.
Pahang hantar bantuan barangan 30 tan ke Palestin
Kerajaan Pahang akan menghantar 30 tan barangan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi meringankan beban rakyat Palestin.
Malaysia dukacita tragedi timpa Presiden Iran
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim zahir rasa hiba dan sedih di atas khabar Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
Terengganu adakan latihan simulasi hadapi bencana banjir - MB
Kerajaan Terengganu telah menjalankan latihan simulasi sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan musim Monsun Timur Laut.
Selangor adakan latihan simulasi banjir - MB
Kerajaan Selangor akan mengadakan latihan simulasi bencana banjir selama dua hari bermula minggu hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Selangor adakan simulasi hadapi banjir bulan hadapan
Simulasi pada bulan hadapan itu juga akan melibatkan proses pembukaan bilik gerakan dan bilik bantuan, kata Menteri Besar.