awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu bakal guna sampah sarap untuk hasilkan tenaga elektrik

Bernama
Bernama
01/11/2015
00:45 MYT
Terengganu bakal guna sampah sarap untuk hasilkan tenaga elektrik
Selain mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif, sampah sarap juga boleh berfungsi sebagai penjanaan ekonomi kerana ia dapat menghasilkan tenaga elektrik selepas diproses. - Gambar fail
Terengganu bakal menghasilkan gas metana yang dapat menjana tenaga elektrik dengan menggunakan hasil kutipan sampah sarap menerusi projek 'Waste to Wealth' yang akan dimulakan tidak lama lagi.
Projek itu merupakan hasil kerjasama kerajaan negeri itu dengan dua syarikat antarabangsa iaitu Syarikat Mercu Resolution Sdn Bhd dan Renescience A/S, anak syarikat DONG Energy yang berpangkalan di Denmark.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pada peringkat permulaan, kerja penyelidikan dan eksperimen akan dilakukan terlebih dahulu dengan kerjasama kedua-dua syarikat itu.
"Sekiranya eksperimen itu berjaya, maka Terengganu merupakan negeri pertama yang akan menjana tenaga elektriknya dengan menggunakan sampah sarap," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Syarikat Mercu Resolution Sdn Bhd dan Renescience A/S di sini, pada Sabtu.
Ahmad Razif berkata projek itu mendapat pelaburan lebih RM1 bilion dan bakal mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan kepada anak muda negeri itu.
Katanya selain mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif, sampah sarap juga boleh berfungsi sebagai penjanaan ekonomi kerana ia dapat menghasilkan tenaga elektrik selepas diproses.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri Terengganu sedang merancang untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas Kuala Terengganu (SEZ) melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan sebahagian daerah Setiu yang meliputi kawasan seluas 729,000 hektar.
Katanya SEZ mampu mengimbangi kawasan pembangunan ekonomi negeri Terengganu secara menyeluruh supaya kegiatan ekonominya tidak hanya tertumpu di bahagian selatan Kuala Terengganu sahaja.
"Kami telah mengemukakan permohonan rasmi kepada kerajaan Persekutuan berkaitan dengan cadangan tersebut dan berharap agar ia mendapat kelulusan untuk memajukan negeri Terengganu menjelang tahun 2020," katanya.
Topic Berkaitan
#Ahmad Razif Abdul Rahman
#jana elektrik
#sampah sarap
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan