KUALA TERENGGANU: Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memperuntukkan RM45,000 bagi projek TI-BsAs Aeronautics UAV In-School Programme di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Sawa dekat sini.
Pengarah Eksekutif Terengganu Inc Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata program pendidikan pesawat tanpa pemandu (UAV) itu adalah yang pertama diadakan di sekolah di negara ini, bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang aeroangkasa yang melibatkan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Katanya, program itu menyasarkan pelajar tingkatan satu susulan pengenalan subjek baharu iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) dan Asas Sains Komputer (ASK) dalam silibus akademik sekolah Kementerian Pendidikan (KPM).
"Program pendidikan aeroangkasa ini dijalankan selama empat tahun bermula tahun ini.
"Ini ialah satu daripada sumbangan syarikat dalam meningkatkan prestasi bidang STEM ke arah mengembangkan kemahiran sumber manusia untuk menjayakan Revolusi Industri Keempat (IR4.0)," katanya pada majlis perasmian program pendidikan UAV SMK Bukit Sawa di Wisma Darul Iman di sini semalam.
Sementara itu, guru penasihat program Badrul Hisyam Zakaria berkata pihaknya bekerjasama dengan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk penyediaan modul latihan dan pembelajaran.
Menurut beliau, proses pemilihan tujuh pelajar untuk projek berkenaan sedang dijalankan untuk menilai kecenderungan dan minat masing-masing dalam bidang sains dan teknologi.
"Sasaran kita untuk menghasilkan pelapis tenaga pakar dalam bidang aeroangkasa dengan penekanan daripada peringkat awal sekolah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 15 2023
Burhanuddin Hilmi berkata, program pendidikan aeroangkasa itu menyasarkan pelajar tingkatan satu susulan pengenalan subjek RBT dan ASK dalam silibus akademik sekolah Kementerian Pendidikan. - Foto BERNAMA
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Pelaksanaan mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka bermula Januari 2025
Mekanisma levi pelbagai peringkat (MLTM) dijangka dilaksanakan pada Januari hadapan, selepas perinciannya dimuktamadkan dan diluluskan Jemaah Menteri, kata Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.
Portal UP_TVET bertujuan untuk memudahkan proses permohonan
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dahulunya mengelirukan kini dibuat melalui satu saluran tunggal iaitu menerusi portal Unit Pengambilan TVET atau singkatannya UP_TVET yang dibangunkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,penggunaan saluran tunggal UP_TVET yang fleksibel dengan mengambil kira keperluan pelbagai syarat masuk merupakan satu inisiatif untuk membuka ruang seluasnya kepada rakyat Malaysia untuk menyertai program TVET.
Kerajaan digesa bawa Mala pulang dari penjara Nepal
Kerajaan didesak untuk membawa pulang seorang rakyat Malaysia yang meringkuk di penjara Nepal atas kesalahan Imigresen.
Jemaah lega dapat luah perasaan di Ranting Hati
Jemaah haji Malaysia melahirkan rasa lega kerana berpeluang meluahkan perasaan sejak tiba di Tanah Suci menerusi tulisan terapi naratif yang menghasilkan Ranting Hati, satu inisiatif terbaharu diperkenalkan oleh Unit Kaunseling Tabung Haji (TH) sebagai platform menangani cabaran sebagai tetamu Allah sepanjang operasi musim ini.
Proses penggapungan kapal ambil masa 21 jam
Kapal berdaftar di Singapura, Dali yang melanggar struktur Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland yang kemudiannya runtuh, mempunyai klasifikasi yang sah dan sijil berkanun yang meliputi integriti struktur kapal dan fungsi peralatannya. Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata kapal kargo itu juga telah menjalani dua pemeriksaan yang diluluskan oleh dua pelabuhan asing pada Jun dan September 2023 dengan klasifikasi dan tinjauan berkanun seterusnya dijangka pada Jun 2024.
Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish
ZK Racing memaklumkan penajaan terhadap pelumba itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.
Guna basikal simulator lepas 'ketagih' - Harrif
Pelumba profesional Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang mahu memastikan beliau berada di tahap prestasi terbaik.