awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish

Bernama
Bernama
28/04/2023
14:17 MYT
Terengganu Inc taja pelumba cilik Hakim Danish
ZK Racing memaklumkan penajaan terhadap pelumba itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: ZK Racing mengumumkan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) menaja pelumba cilik dari Terengganu, Muhammad Hakim Danish Ramli, pada Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup dan Kejuaraan European Talent Cup (ETC) bagi musim ini.
ZK Racing, menerusi kenyataan, hari ini, memaklumkan penajaan terhadap pelumba berusia 15 tahun itu bertujuan membantu perkembangan Hakim Danish dalam arena sukan permotoran.
"Dengan penajaan dan sokongan ini, kita dapat terus memastikan Hakim Danish kekal kompetitif dan berdaya saing dalam mengecapi impian beliau," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun meletakkan keyakinan terhadap potensi dan keazaman yang ada dalam diri pelumba kelahiran Terengganu itu.
"Kejayaannya akan membawa kebaikan kepada nama Terengganu dan Malaysia," katanya.
Dalam pada itu, Hakim Danish melahirkan rasa syukur di atas penajaan itu dan berazam akan memberikan yang terbaik dari segi prestasi untuk melangkah lebih tinggi dan berjaya dalam kariernya.
Red Bull MotoGP Rookies Cup ialah siri perlumbaan motosikal yang dipertandingkan bagi penunggang muda tidak berpengalaman dalam Grand Prix motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhammad Hakim Danish Ramli
#terengganu inc
#ZK Racing
#Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies Cup
#pelumba negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan