Kerajaan negeri Terengganu menguatkuasa larangan pemasangan bendera mana-mana parti di semua jambatan dan bulatan di negeri ini mulai hari ini demi keselamatan pengguna jalan raya.
Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengeluarkan notis amaran kepada semua parti politik di kawasan masing-masing agar tidak memasang bendera di dua lokasi berkenaan.
PBT diminta memastikan semua bendera parti politik tidak dipasang di jambatan sama ada sekarang mahu pun semasa kempen pilihan raya berikutan bantahan dan rungutan orang ramai mengenai tindakan itu boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal apabila bendera itu terjatuh di jalan raya, katanya.
"Selain jambatan, kita juga tidak membenarkan bendera dipasang di bulatan kerana boleh menghalang dan menjejaskan pandangan pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di sini.
Katanya keputusan itu dibuat berdasarkan persetujuan yang dicapai PBT dengan parti-parti politik bahawa pemasangan atau penggantungan bendera, kain rentang dan poster parti-parti politik adalah tidak dibenarkan di beberapa lagi kawasan tumpuan.
Selain jambatan dan bulatan, beberapa lagi kawasan yang tidak dibenarkan pemasangan bahan-bahan parti politik ialah di persimpangan-persimpangan lampu isyarat, masjid ataupun mana-mana tempat ibadat, premis-premis milik kerajaan negeri dan persekutuan serta tiang-tiang lampu jalan, katanya.
Ahmad berkata, jika gagal mematuhi arahan berkenaan, PBT akan bertindak menurunkan dan merampas bendera berkenaan serta mengenakan denda kepada mana-mana parti politik terbabit.
"Kita ada kuasa mendenda mereka, tetapi buat permulaan kita merampas dulu bendera berkenaan. Ini kerana apa jua pemasangan di kawasan PBT perlu mendapatkan kebenaran PBT terlebih dahulu, jadi kita berhak mengambil tindakan ke atas mereka yang ingkar dengan amaran kita," katanya.
Beliau berkata pihaknya juga kesal dengan tindakan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya membuat pengubahsuaian pada tiang lampu di bandar ini untuk memasang bendera besar parti mereka sehingga mencacatkan pemandangan serta merosakkan harta benda awam.
Bernama
Wed Feb 13 2013
LARANG: PBT Terengganu kuatkuasa larangan pemasangan bendera mana-mana parti di semua jambatan dan bulatan
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Piala Dunia Qatar: Tehran kemuka bantahan kepada FIFA
Bendera tanpa jata negara Islam itu dimuat naik ke Twitter, Facebook dan Instagram sebelum Mesyuarat Piala Dunia pada Selasa.
PRU15: Jangan upah orang 'kurang siuman' pasang bahan kempen - Polis
Polis mengingatkan parti politik agar tidak memasang bahan kempen di lokasi dan premis yang boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
Pascapemakaman Ratu Elizabeth II: Bendera rasmi di UK dinaikkan semula
Bendera-bendera rasmi di United Kingdom yang dikibarkan separuh tiang sejak kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 8 September lalu, dinaikkan semula ke tiang penuh pada Selasa.
PRN Sarawak: Perang bendera bakar semangat, rakyat undi calon dengan 'report card' cemerlang
Adakah perang bendera ini senjata paling ampuh untuk mempengaruhi pemikiran masyarakat memilih calon paling layak?
Jalur Gemilang gergasi hiasi PPR Padang Hiliran
Penduduk bergontong-royong menyiapkan bendera gergasi sepanjang 50 meter dan direntangkan di bangunan setinggi 17 tingkat itu.
'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.
Jalur Gemilang harus dimuliakan, tidak boleh diganggu imejnya - Saifuddin
Penggunaan Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia mempunyai kaedah tertentu yang perlu dipatuhi.
PM ajak kibar Jalur Gemilang, tanda bersatu perangi COVID-19
Jalur Gemilang adalah lambang negara yang mampu membangkitkan semangat patriotisme dalam hati setiap rakyat Malaysia.
Tokyo 2020: Saringan lebih ketat susulan kes dalam kalangan atlet
Beberapa langkah akan dipraktikkan dalam usaha menangani situasi pandemik itu daripada menjejaskan penganjuran kejohanan.
Elemen provokasi gugat ketenteraman negara - Penganalisis
Noor Nirwandy berkata, elemen simbolisme itu boleh mencetuskan ketakutan dan kegentaran awam serta berkecenderungan mewujudkan budaya demonstrasi.