awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu pertimbang haramkan belon helium, hidrogen

Astro Awani
Astro Awani
22/10/2016
11:40 MYT
Terengganu pertimbang haramkan belon helium, hidrogen
Terengganu mengeluarkan arahan menggantung penggunaan belon helium atau hidrogen serta-merta sementara siasatan dijalankan. -Gambar fail/AFP
Kerajaan negeri Terengganu akan menimbangkan pengharaman penggunaan belon helium dan hidrogen dalam sebarang acara rasmi di negeri itu.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata pihaknya mengeluarkan arahan menggantung penggunaannya serta-merta sementara siasatan dijalankan susulan kejadian belon meletup di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Jumaat.
Menurut Ahmad Razif, pihak berkuasa tempatan juga diminta menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap peniaga belon di pantai peranginan di negeri itu yang menggunakan gas tersebut.
“Kerajaan negeri akan melihat semula mana-mana majlis kita yang menggunakan belon jenis ini. Kita akan melihat balik melalui laporan dan kemungkinan kita tidak akan benarkan lagi penggunaan belon ini dalam acara-acara yang diadakan di negeri Terengganu.
Ahmad Razif ditemui selepas melawat mangsa belon helium meletup di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Menurutnya, kerajaan negeri sudah menerima laporan lengkap daripada Jabatan Kesihatan dan sedang menunggu laporan daripada beberapa agensi berkaitan.
Beliau berharap insiden yang berlaku tidak memberi kesan trauma dan kecacatan kekal kepada mangsa dan sebagai tanda simpati, pihaknya akan melihat keperluan yang boleh disalurkan, terutama kepada mangsa yang terdiri daripada golongan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#acara rasmi
#Ahmad Razif
#belon helium
#belon hidrogen
#pengharaman belon
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan