awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terengganu tawar RM2 untuk seekor tikus 'hidup atau mati'

Bernama
Bernama
25/08/2013
12:56 MYT
Terengganu tawar RM2 untuk seekor tikus 'hidup atau mati'
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan memperhebat kempen membasmi tikus terutama di kawasan berisiko seperti kedai makan dan pasar, dengan menawarkan bayaran RM2 bagi seekor tikus sama ada hidup atau mati.
Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata pihaknya membuka kembali kaunter tikus bagi membolehkan orang ramai menyerahkan haiwan itu kepada MBKT.
"Orang ramai di bandaraya ini boleh menyerahkan haiwan berkenaan di kaunter kami yang dibuka di Padang Negara Chabang Tiga dan Dewan Tunku Abdul Rahman bermula minggu depan.
"Ini sebagai galakan kepada orang ramai untuk sama-sama menjaga kebersihan bandaraya ini sekali gus dapat mengelak terkena penyakit leptospirosis," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata fasa pertama kempen bermula dari Oktober 2013 hingga awal Januari lepas, dan sepanjang tempoh itu, sejumlah 1,162 ekor tikus dijual kepada MBKT.
Adzlan berkata MBKT turut membeli beberapa peralatan bagi menjalankan kempen itu seperti perangkap tikus, sarung tangan, gam, racun dan alat pengabutan.
"Kita akan mengenal pasti laluan tikus dan selepas itu akan menutup lubang berkenaan dengan simen supaya tiada lagi pembiakan tikus di kawasan bandaraya ini, terutama di pasar," katanya.
Topic Berkaitan
#adzlan mohd dagang
#terengganu
#tikus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan