awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teresa Kok pertikai cuti khas selepas KL City FC juarai Piala Malaysia

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/12/2021
07:51 MYT
Teresa Kok pertikai cuti khas selepas KL City FC juarai Piala Malaysia
Teresa Kok pertikai pemberian cuti khas untuk Wilayah Persekutuan selepas pasukan KL City FC menjuarai Piala Malaysia pada Selasa lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mempertikaikan pemberian cuti khas untuk Wilayah Persekutuan selepas pasukan KL City FC menjuarai Piala Malaysia pada Selasa lepas.
Menurutnya, tidak salah untuk memberikan hadiah kepada pemain yang terlibat namun apabila diumumkan cuti secara tiba-tiba, beliau berpendapat ia menghadirkan kesukaran kepada banyak pihak.
Tegasnya, bukan semua orang minat bola sepak dan bukan semua orang memerlukan cuti tersebut.
"Kalau nak bagi RM1 juta seorang, teruskan, tapi jangan umum cuti secara tiba-tiba esok. Bukan semua orang adalah peminat bola sepak, bukan semua orang perlu cuti seperti ini. Tengok, dengan pengumuman ini, sekolah tak buka, ada yang sedang belajar hadapi peperiksaan," ujarnya.
Teresa berkata, Kuala Lumpur adalah ibu negara, maka pengumuman cuti seperti itu harus dilakukan dengan lebih berhati-hati dan selepas konsultasi dengan banyak pihak.
“Kalau tidak, saya rasa sebagai kerajaan, kita boleh beri hadiah yang lumayan kepada pemain bola sepak.
“Saya rasa ini adalah lebih berkesan untuk beri galakan kepada mereka berbanding sekarang, yang dapat sungutan daripada banyak pihak,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Teresa Kok pertikai Cuti Khas Peristiwa pada Jumaat
Tambah beliau, cuti yang diumumkan secara tiba-tiba itu turut menyukarkan beberapa syarikat seperti bank dan industri yang mana mereka sudah mengatur pengeluaran pada hari tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim pada Rabu mengumumkan cuti kelepasan am tambahan bagi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada Jumaat ini, 3 Disember 2021.
Ia susulan kejuaraan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dalam final TM Piala Malaysia 2021 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Wilayah Persekutuan.
Topic Berkaitan
#Piala Malaysia
#Teresa Kok
#cuti khas
#KL City FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan