awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teresa Kok sedia beri kerjasama pada SPRM isu pembelian smartboard dan Smart TV

Bernama
Bernama
07/03/2025
14:14 MYT
Teresa Kok sedia beri kerjasama pada SPRM isu pembelian smartboard dan Smart TV
Teresa berkata, sebuah syarikat pengedar rasmi jenama LG telah mengesahkan kos sebenar bagi tiga smartboard dan tiga Smart TV hanya berjumlah RM55,299. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap dua bekas kakitangannya yang ditahan suruhanjaya itu semalam.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP itu menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, beliau komited memastikan keadilan ditegakkan dan pada masa sama percaya siasatan SPRM itu berkaitan isu harga berlebihan dalam pembelian skrin sentuh dan papan tulis interaktif (Smartboard) jenama LG.
"Pada hujung Oktober 2024, saya dimaklumkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Wilayah Persekutuan (WPKL ICU) bahawa peruntukan kawasan saya telah digunakan untuk menyalurkan RM99,000 kepada setiap daripada 16 sekolah bagi pembelian smartboard dan televisyen pintar (Smart TV).
"Namun saya tidak pernah meluluskan peruntukan dalam skala sebesar itu malah siasatan lanjut mendapati syarikat yang mengeluarkan invois tersebut tidak wujud dan merupakan entiti palsu," katanya.
Teresa berkata sebuah syarikat pengedar rasmi jenama LG telah mengesahkan kos sebenar bagi tiga smartboard dan tiga Smart TV hanya berjumlah RM55,299, jauh lebih rendah berbanding RM99,000 yang dibayar.
Katanya perbezaan harga sebanyak RM43,701 bagi setiap sekolah membawa kepada jumlah keseluruhan RM699,216 bagi 16 sekolah yang terlibat.
"Saya telah membangkitkan isu ini dan mempertikaikan rasional di sebalik arahan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada saya untuk membeli smartboard jenama LG pada sesi Kamar Khas di Parlimen 14 Nov lepas, yang juga disiarkan di platform media sosial saya," katanya.
Beliau menyifatkan perbezaan harga sebanyak RM699,216 sebagai jumlah yang besar dan satu bentuk pecah amanah yang serius.
."Saya sentiasa berpegang teguh kepada prinsip DAP dalam memperjuangkan tadbir urus yang baik, integriti dan keadilan sosial untuk rakyat. Ini termasuk membangkitkan isu berkaitan pembelian smartboard untuk sekolah yang melibatkan dana awam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Teresa Kok
#SPRM
#pembelian smartboard
#Smart TV
#kerjasama
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan