awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Terima kasih Bersih' kerana papar demokrasi sihat di Malaysia - Nazri Aziz

Astro Awani
Astro Awani
01/09/2015
07:36 MYT
'Terima kasih Bersih' kerana papar demokrasi sihat di Malaysia - Nazri Aziz
NAZRI: Seluruh dunia tahu, jadi saya mengucapkan terima kasih pada Bersih kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia. -Gambar fail
Perhimpunan Bersih 4 telah menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia mengamalkan demokrasi sihat, ujar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
"Seluruh dunia tahu, jadi saya mengucapkan terima kasih pada Bersih kerana mereka iklankan demokrasi sihat di Malaysia,” kata beliau dengan nada sinis sepertimana dipetik daripada laporan portal berita The Star Online.
Perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) pada 29 dan 30 Ogos lalu telah mendapat liputan meluas daripada pelbagai agensi berita tempatan dan antarabangsa seperti CNN, Aljazeera serta BBC.
“Dari segi pelancongan dan pandangan luar negara, ia bagus sebab menunjukkan demokrasi sihat negara kita,” ujar Nazri dalam satu sidang media sempena pelancaran Festival Kraf Antarabangsa 2015 di ibu negara.
Nazri, yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, menyarankan agar perhimpunan tersebut diadakan setiap tahun.
Ditanya mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perhimpunan itu, Nazri berkata, bekas Perdana Menteri itu cuma mempraktikkan hak demokrasi beliau.
“Beliau telah berubah. Sebelum ini beliau kata demonstrasi bukan budaya kita, tetapi sekarang ketika beliau sudah tua, baru disedari bahawa ia adalah satu budaya baharu dan mahu menyertainya,” katanya.
Topic Berkaitan
#bersih 4
#demokrasi sihat
#demonstrasi jalanan
#Nazri Aziz
#perhimpunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan