Tokoh Islam terkemuka dunia, Dr Zakir Naik berterima kasih kepada kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana membenarkan beliau tetap tinggal di negara ini.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, pakar bedah yang mendapat taraf kerakyatan penduduk tetap (PR) di Malaysia itu bersyukur isunya diteliti dengan perspektif yang tidak bias.
Malah beliau berikrar akan menjaga keharmonian di negara ini dan tidak akan sesekali melanggar undang-undang seperti disuarakan Tun Mahathir sebelum ini.
"Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Tun Mahathir atas kebenaran saya tinggal di sini selagi saya patuhi undang-undang negara ini.
"Saya merasa rendah hati menjadi sebahagian daripada kepelbagaian kaum di negara ini," katanya.
Beliau meninggalkan India sejak tahun 2016 selepas dikehendaki susulan didakwa terbabit dengan kegiatan mempromosi aktiviti keganasan dan penggubahan wang haram.
Dalam pada itu, beliau sempat melahirkan harapan agar keamanan kembali ke tanah airnya, India dan mendoakan keberkatan terhadap Malaysia.
Melalui kenyataan sama, Dr Zakir menafikan penglibatannya dengan segala aktiviti yang didakwa ke atas dirinya itu.
"Pemerhati akan sedar, sepanjang 25 tahun saya beri kuliah tentang Islam dan keamanan, saya tidak pernah promosi keganasan atas nama Islam atau sebaliknya.
"Tak pernah ceramah saya dibantah bukan Islam di India hinggalah ada pelampau agama yang cuba merosakkan imej saya pada tahun 2012," jelasnya.
Media melaporkan Dr Zakir mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada 4 Julai lalu namun tidak dapat dipastikan butir pertemuan.
Beberapa kumpulan di negara ini turut mendesak Dr Zakir dihantar balik ke India seperti dikehendaki negara itu namun Tun Mahathir menegaskan Malaysia tidak akan menghantar pulang Dr Zakir selagi beliau mematuhi undang-undang.
Sinar Harian
Tue Jul 10 2018

Dr Zakir Naik berikrar akan menjaga keharmonian di Malaysia dan tidak akan sesekali melanggar undang-undang seperti disuarakan Tun Mahathir. - Gambar fail

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Akta 555 memadai untuk kekang kegiatan sijil palsu - Zambry
Tiada keperluan untuk meminda Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555) bagi mengekang kegiatan pengurniaan sijil akademik palsu.

Ibu bapa Zayn Rayyan tidak mengaku salah atas pertuduhan pindaan abai kanak-kanak
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik yang dibunuh, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, atas pertuduhan pindaan.

Indikator Ekonomi MADANI catat pencapaian positif - Dr Zaliha
Indikator yang menentukan kejayaan kerangka Ekonomi MADANI telah menunjukkan pencapaian positif setakat ini, kata Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Cubaan pindah khinzir disyaki dijangkiti demam babi Afrika gagal
Cubaan memindah keluar sejumlah khinzir yang disyaki dijangkiti penyakit demam babi Afrika (ASF) dari daerah Sepang berjaya dipatahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor (DVS Selangor).

Malaysia ada tempat istimewa di hati penduduk Gaza - Mahasiswa Palestin
Pelajar Gaza di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asim S. M. Alamssi, berkongsi perasaan mendalam terhadap Malaysia yang dihargai oleh penduduk Gaza.
Perisikan Jerman: COVID-19 mungkin bocor dari makmal Wuhan
Pada tahun 2020, Agensi Perisikan Asing Jerman (BND) menganggarkan dengan kebarangkalian 80 hingga 90 peratus bahawa koronavirus yang mencetuskan pandemik COVID-19 telah dilepaskan secara tidak sengaja dari Institut Virologi Wuhan di China. Menurut laporan media tempatan Jerman, BND mempunyai petunjuk mengenai eksperimen "gain-of-function" di institut tersebut.

5,272 belia bankrap sejak 2020
Sebanyak 5,272 belia berusia 34 tahun ke bawah telah diisytiharkan muflis sejak 2020 hingga tahun ini, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Mark Carney angkat sumpah PM baharu Kanada Jumaat ini
Mark Carney akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada pada hari Jumaat, menggantikan Justin Trudeau. Beliau mengambil alih kepimpinan ketika Kanada berdepan perang perdagangan dengan AS dan persiapan pilihan raya.
Api kuali musnahkan khemah peniaga Bazar Ramadan
Insiden yang berlaku sekitar jam 5 petang itu tular di TikTok, menunjukkan khemah jualannya musnah dalam kebakaran.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.
Walaupun dalam keadaan panik, peniaga dikenali Alif itu sempat menyelamatkan diri.

PDRM siasat video hina agama Islam
Polis sedang menyiasat sebuah video yang tular di laman sosial sejak semalam yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.

Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.

Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.

Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.

Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.

Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.

Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.

Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.

PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.