JOHOR BAHRU: Dua minggu memasuki tahun baharu, arena bola sepak tanah air menerima khabar duka.
Legenda bola sepak kebangsaan, pertahanan kental dan pengulas sukan yang sering mengeluarkan kenyataan pedas, Serbegeth Singh, pergi meninggalkan kita.
Mendiang yang popular dengan nama Shebby Singh meninggal dunia di Iskandar Puteri, Johor pada jam 7.30 malam pada Rabu ketika sedang berbasikal di sekitar kawasan Sunway Iskandar.
Pemergiannya mengejutkan tanah air, bukan hanya kepada keluarga, adik beradik, saudara, pencinta bola sepak dalam dan luar negara malah rakyat Malaysia juga.
BACA: Serbegeth 'Shebby' Singh meninggal dunia ketika berbasikal
Anak lelaki mendiang, Sonuljit Singh ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru pada Khamis berterima kasih dengan semua ucapan takziah dari seluruh pelusuk tanah air.
“Terima kasih atas kasih sayang yang boleh dilihat di media sosial, ia sangat bermakna kerana apa yang mendiang mahu adalah yang terbaik untuk bola sepak Malaysia.
“(Mendiang) macam cikgu, kadangkala marah, kadangkala puji tapi pada akhirnya, dia hidup untuk bola sepak dan dia sayangkan negaranya. Terima kasih kerana membuat liputan kepada mendiang selama ini, sepanjang kariernya.
“Ada baik dan ada kurang baik tapi saya harap mendiang meninggalkan legasi kepada anda semua, sama seperti yang dia buat kepada keluarga dan rakan-rakannya,” katanya.
Tambahnya, mayat mendiang akan dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur untuk diuruskan mengikut adat dan tradisi masyarakat Punjabi.
Selain ahli keluarga dan saudara, beberapa rakan seperjuangan Shebby turut berada di hospital tersebut antaranya, Lahat Dadok Sulik.
Sama-sama mewakili pasukan Johor suatu ketika dahulu, Lahat Dadok menyifatkan mendiang seorang yang sangat peramah di luar padang namun tegas dan penuh disiplin ketika beraksi.
“Komen dia memang pedas tapi jujur dan ada idea di sebalik komen-komen dia. Memang dari dulu dia seorang yang tegas.
“Mendiang kalau nak jumpa orang, dia tak nak jumpa ramai-ramai tapi apa pun, dia memang seorang yang baik, tak lokek dengan duit.
BACA: 'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
“Kalau tahu ada orang (rakan-rakan) susah, dia akan bagi wang,” ujarnya.
Sahabat mendiang, Faisal Wong pula mengakui terkejut dengan pemergian rakannya itu kerana baru sahaja dua minggu lepas mereka bersua muka.
“Dia datang rumah saya dan saya ajak dia minum-minum di Kluang, dia datang dari Johor Bahru. Masa jumpa, dia ceritalah nak luangkan cuti Hari Krismas dengan anak-anak di Kuala Lumpur.
BACA: Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
“Dia memang sangat sayangkan keluarga dan anak-anak dia. Saya tahu dia memang suka berbasikal, sangat menjaga kesihatan. Jadi saya amat terkejut dengan berita ini.
“Ramai tanya saya (masa berita tersebar) tapi saya hubungi dia banyak kali, tak berangkat. Sebelum ini kalau tak angkat, sama ada dia berbasikal atau sedang bekerja,” katanya.
Menurutnya, dia terus menunggu panggilan dari sahabatnya itu namun penantian itu berakhir selepas dia tahu kisah sebenar pemergian Shebby melalui berita di Astro AWANI.
BACA: 'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Shebby memulakan karier sebagai pemain bola sepak tanah air sebagai pemain pertahanan bagi pasukan Johor FA sebelum berpindah ke pasukan bola sepak Kuala Lumpur pada tahun 1983.
Mendiang menyarung jersi pasukan kebangsaan pada tahun 1982 hingga 1991 dan merupakan antara watak penting membantu Harimau Malaya memenangi pingat emas Temasya Sukan SEA 1989.
Shebby juga pernah beraksi untuk Negeri Sembilan dan Pahang sebelum bersara pada tahun 1996.
Shebby, 62, meninggalkan isteri, Harbans Kaur yang juga bekas pelari negara serta dua anak, Natassha Kaur dan Sonuljit Singh.
Astro Awani
Thu Jan 13 2022
Mayat mendiang Serbegeth Singh akan dibawa ke Pusat Pembakaran Mayat di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur untuk diuruskan mengikut adat dan tradisi masyarakat Punjabi.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Mengenang Shebby: Tangisan, pelukan iringi perjalanan akhir legenda bola sepak
Jasad legenda bola sepak negara, Serbegeth Singh selamat disemadikan di Pusat Pembakaran Mayat di ibu kota pada petang Jumaat.
"Terima kasih untuk semua ucapan, kasih sayang kepada mendiang" - Sonuljit Singh
Pemergiannya mengejutkan tanah air, bukan hanya kepada keluarga, adik beradik, saudara, pencinta bola sepak dalam dan luar negara malah rakyat Malaysia juga.
'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.
Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Serbegeth Singh
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah.
Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut.
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Mendiang seringkali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana dia memang aktif bersukan.