awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
12/01/2022
14:42 MYT
'Shebby nampak penat ketika berbasikal, cuaca pula panas' - Aidil Zafuan
Aidil Zafuan yang juga pertahanan skuad kebangsaan, berkata mendiang sememangnya seorang yang aktif berbasikal dan pemergiannya itu pasti akan dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air.
KUALA LUMPUR: Kapten Harimau Malaya Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sempat berselisih dengan mendiang Shebby Singh ketika beliau baru keluar berbasikal petang tadi, mengakui mendiang kelihatan penat.
Kata Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad kebangsaan, mendiang sememangnya seorang yang aktif berbasikal dan pemergiannya itu pasti akan dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air.
"Saya menerima berita pemergian mendiang lebih kurang jam 8 malam tadi... agak terkejut juga kerana petang tadi dalam lebih kurang jam 5.15 petang, saya sempat berselisih dengan mendiang.
“Ketika itu, mendiang baru sahaja mula berbasikal. Saya sempat mengangkat tangan kepada dia, jadi dia pun sempat mengangkat tangan semula dan keadaan dia pun memang nampak penatlah.
“Saya rasa ketika itu dia baru mula nak berbasikal kerana rumah saya dan rumah mendiang berhampiran. Namun ketika itu, cuaca agak panas.
“Pada awalnya saya terfikir siapa yang sedang berbasikal dalam keadaan panas ini, apabila sudah dekat baru saya perasan rupanya mendiang,” ujar Aidil Zafuan ketika ditemu bual Astro AWANI pada Rabu.
[TERKINI] Shebby Singh meninggal dunia
BACA: Serbegeth 'Shebby' Singh meninggal dunia akibat serangan jantung
Kata Aidil, mendiang sering kali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana beliau memang aktif bersukan.
“Mendiang memang seorang yang aktif berbasikal, dalam kumpulan WhatsApp berbasikal, mendiang memang aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Semua sangat terkejut sebaik menerima khabar pemergian mendiang. Dengan pemergian mendiang, sudah tentu kita kehilangan bekas pemain yang begitu boleh dipanggil sebagai legenda, satu kehilangan besar buat keluarga bola sepak.
“Mendiang seorang yang sering memberi kritikan membina, banyak kritikan mendiang yang boleh diambil untuk memajukan arena bola sepak, itu yang saya saya rasa... pemergiannya amat dirasai,” katanya lagi.
Bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby meninggal dunia dipercayai selepas terjatuh ketika berbasikal di kawasan Ledang, Johor, petang tadi.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Harimau Malaysia
#Aidil Zafuan
#Shebby Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan