awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terima rasuah: Dua penjawat awam direman enam hari

Bernama
Bernama
23/07/2024
07:06 MYT
Terima rasuah: Dua penjawat awam direman enam hari
Dua penjawat awam direman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM10,000. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Dua penjawat awam direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah sebanyak RM10,000.
Perintah reman sehingga Ahad depan itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri terhadap pegawai dan pembantu am sebuah agensi kerajaan negeri di Tanah Merah yang masing-masing berusia 33 dan 49 tahun.
Permohonan reman itu dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Semalam, SPRM Kelantan menahan dua penjawat awam pada 4.30 petang selepas mengambil keterangan mereka di ibu pejabat SPRM negeri kerana disyaki menerima rasuah sebanyak RM10,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Rasuah
#SPRM
#SPRM Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan