PUTRAJAYA: Bagi Ketua Bahagian Pengurusan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields ASP Mohd Dzaiful Azrin Yahya, suntikan vaksin COVID-19 yang diterimanya ketika sedang berpuasa langsung tidak menjejaskan tahap kecergasannya.
Mohd Dzaiful yang menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech semalam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Seroja di Presint 15 di sini, berkata beliau berasa seperti biasa dan tidak mengalami sebarang kesakitan pada mana-mana anggota badan selepas menerima suntikan itu.
"Saya datang ambil vaksin ini pun dengan rela hati dan tanpa perasaan waswas. Lagipun kerajaan juga dah merujuk kepada mufti bahawa mendapatkan suntikan vaksin ketika sedang berpuasa tidak membatalkan puasa seseorang," katanya kepada Bernama.
Sarjan Anuar Musa daripada Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Putrajaya berkata beliau tidak mengalami kesan sampingan seperti pening, muntah atau sakit selepas menerima suntikan vaksin COVID-19 walaupun berpuasa.
"Saya juga yakin yang suntikan ini tidak membatalkan puasa saya dan tiada paksaan pun untuk ambil vaksin ini," kata anggota polis berusia 55 tahun itu yang menerima dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun yang menerima dos pertama vaksin COVID-19 hari ini, berkongsi pengalamannya dalam hantaran Facebook beliau dengan menyifatkan suntikan itu seumpama digigit semut dan tidak menyakitkan.
"Apalah sangat rasa sakit sedikit kalau nak bandingkan dengan kesihatan diri," katanya yang turut menyeru orang ramai mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 bagi melindungi diri daripada COVID-19.
Penyelia di PPV Dewan Seroja itu Dr Syazwin Abdul berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang pembatalan janji temu daripada individu berpuasa yang dijadualkan menerima suntikan tersebut.
"Semua yang dijadualkan untuk menerima vaksin di PPV ini hadir seperti yang dijadualkan. Tetapi ada juga calon penerima vaksin yang kita tolak atas beberapa sebab antaranya baru pulih daripada COVID-19 kurang tiga bulan.
"Di sini kita juga akan menapis sejarah kesihatan calon penerima vaksin seperti penyakit yang sedang dihidapi, ibu menyusu dan ibu mengandung," katanya.
Pada 23 Mac lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri dilaporkan berkata suntikan vaksin COVID-19 tidak membatalkan puasa dan ini selari dengan pandangan ulama sedunia.
Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada 13 April lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 16 2021
Penyelia di PPV Dewan Seroja itu Dr Syazwin Abdul berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang pembatalan janji temu daripada individu berpuasa yang dijadualkan menerima suntikan tersebut. - Gambar hiasan
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
Rakyat Israel sudah mula misi bina penempatan kekal di Gaza
Sekumpulan warga Israel yang bermalam di sempadan berarak memasuki Gaza pada pagi Khamis dengan matlamat untuk membuka penempatan kekal di wilayah itu. Dalam poster kumpulan itu yang tular di media sosial, tertera slogan 'tentera telah mendudukinya, maka kami akan menetap disitu'.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.