KUALA LUMPUR: Karya sastera Melayu moden yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Rusia dilihat sebagai sebuah dialog peradaban kedua-dua negara.
Menurut Sejarawan dan Penterjemah Rusia, Dr Victor A Pogadaev, setiap terjemahan karya yang dilakukan ke dalam bahasa Rusia dapat menjadi lambang silang budaya antara Malaysia dan Rusia.
Tambahnya lagi, menerusi terjemahan berkenaan, masyarakat Rusia secara amnya dapat mengenali sifat, dan keanggunan budaya Malaysia sebagai 'orang timur' secara artistik.
"Saya memandang kerja terjemahan sebagai sebuah dialog peradaban dalam bidang sastera antara kedua-dua negara. Misalnya, kalau ada karya-karya yang diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Rusia jadi pembaca bahasa Rusia akan mengetahui lebih baik sifat orang Melayu dan keadaan di Malaysia.
"Dengan cara itu mereka dapat mengenal Malaysia dengan artistik dan bukan hanya berita-berita sahaja tetapi mereka akan mengetahui lebih mendalam segala-galanya itu.
"Sama juga, orang Malaysia akan mengetahui (budaya) melalui terjemahan bahasa Rusia ke dalam bahasa Melayu. Ini akan menggalakkan dialog budaya antara kedua negara," ujar beliau ketika menjadi tetamu dalam program AWANI Pagi pada Isnin.
Ditanya cabaran yang dihadapi dalam menterjemahkan karya puisi Melayu ke dalam bahasa Rusia, beliau menyifatkan perbezaan struktur puisi menjadi cabaran untuk memastikan penerimaan masyarakat Rusia.
"Jadi ada perbezaan dalam puisi Rusia dan pusi Melayu. Kalau puisi Rusia kebanyakkannya puisi beritma, dan kalau misalnya di Malaysia puisinya bebas dan tidak ada ritma.
"Saya melihat kadang-kadang saya menterjemahkan sama juga bebas seperti karya asal, tetapi ada juga yang saya terjemahkan secara ritma, kerana mahu menunjukkan bahawa karya itu boleh diterjemahkan dengan cara penulisan Rusia," tambah Pogadaev lagi.
Beliau yang aktif melakukan terjemahan sastera Melayu moden sejak era 70-an juga berkata, selain giat tertumpu pada aktiviti terjemahan, ia juga memberi penghormatan kepada hasil seni puisi, cerpen dan syair sasterawan Malaysia dan menjadikannya sebagai salah satu rujukan dalam pengajian Melayu di negara-negara luar.
Pada ketika ini, beliau merupakan satu-satunya idnividu yang aktif melakukan terjemahan karya Melayu moden ke dalam bahasa Rusia, sambil memberitahu, usaha tersebut tidak akan berkahir.
Ini kerana, beliau yakin bahawa akan ada pelapis yang akan menggantikan beliau bahkan anaknya sendiri juga aktif menja.di penterjemah dan mengkaji karya-karya klasik dan moden Melayu
Fahmi Izuddin
Mon Feb 12 2024
Menurut Victor A Pogadaev, setiap terjemahan karya yang dilakukan ke dalam bahasa Rusia dapat menjadi lambang silang budaya antara Malaysia dan Rusia.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Kerajaan beri perhatian serius usaha angkat martabat seni, sastera negara - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap usaha mengangkat martabat seni, budaya dan sastera negara, selaras ikhtiar yang digariskan dalam gagasan Malaysia MADANI.
Terjemahan karya Melayu moden ke bahasa Rusia umpama dialog peradaban
Setiap terjemahan karya yang dilakukan ke dalam bahasa Rusia dapat menjadi lambang silang budaya antara Malaysia dan Rusia.
[KOLUMNIS] 'Tuna' indah yang terabai
Ramai yang tidak cakna tentang 'tuna' yang menjadi imbuhan awalan dalam bahasa Melayu.
Bahasa Melayu klasik citra Malaysiana
Bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu kuno yang merupakan bahasa lama atau yang bersifat klasikal sudah jarang-jarang digunakan.
DBP lancar pelan antirasuah DBP 2021-2025
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melancarkan Pelan Antirasuah DBP 2021-2025, dengan menumpukan kepada empat bidang keutamaan.
Perginya Marjan S penyair posmen (1967 - 15 Januari 2021)
Marjan S saya anggap saudara, satu 'baiah' anak dagang asal Kedah yang melilau mencari jalan menjadi penyair dalam meriah semangat Pasar Seni 33 tahun lalu.
Apakah isu rakyat masih isu sastera?
Munculnya istilah ini menghapuskan realiti lama dengan istilah klasik "miskin pedalaman".
KLWBC 2020: Melihat sisi kasual bekas budak punk
Walaupun kasual, cara berfikir SM Zakir sentiasa tajam. Lebih menarik, wataknya mesra sekalipun diajak bercakap soal yang serius mengenai sastera Melayu di meja kopi.
KLWBC 2020: Menikmati tiga filem besar sastera Indonesia
Di Indonesia, bukan hanya novel tetapi puisi yang sudah difilemkan.
Sasterawan Indonesia, Sapardi Djoko Damono meninggal dunia
Sapardi yang dikenali dengan sajak Hujan Bulan Juni berusia 80 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospitel Eka, Tangerang Selatan.