awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM perkasa pendidikan dari prasekolah hingga AI
Teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar hilangkan kabur imej bergerak
29 April keputusan permohonan wakil rakyat cabar penggantungan Parlimen era COVID-19
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir: 29 sekolah di Perlis laksana PdPR sepenuhnya bermula hari ini

Bernama
Bernama
25/11/2025
08:20 MYT
[TERKINI] Banjir: 29 sekolah di Perlis laksana PdPR sepenuhnya bermula hari ini
Langkah itu melibatkan 17 sekolah rendah manakala selebihnya sekolah menengah, bagi memastikan sesi pembelajaran pelajar dan murid tidak terganggu. - Gambar/ Bernama
ARAU: Sebanyak 29 sekolah di Perlis melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepenuhnya hari ini susulan banjir yang menjejaskan kehadiran warga sekolah berkenaan.
Pengarah Pendidikan Perlis Rose Aza Che Arifin berkata ia melibatkan 17 sekolah rendah manakala selebihnya sekolah menengah, bagi memastikan sesi pembelajaran pelajar dan murid tidak terganggu.
"Saya sudah maklumkan melalui Facebook Jabatan dan melalui arahan YB Menteri bahawa sekolah yang terkesan boleh melaksanakan PdPR. Jika keadaan bertambah buruk, kita akan laksanakan PdPR untuk semua sekolah yang memerlukan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Rose Aza berkata 17 sekolah rendah itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Mata Ayer; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Aik; SK Bintong; SK Sena; SK Jalan Raja Syed Alwi; Sekolah Rendah Islam I; SK Panggau; SK Behor Empiang; SK Jejawi; SK Dato' Kayaman; SK Dato' Wan Ahmad; SK Seri Tunjong; Sekolah Rendah Islam II; SK Padang Besar Selatan; SK Pauh; SK Padang Kota dan SK Titi To' Bandar.
Sebanyak 12 sekolah menengah yang melaksanakan PdPR pula melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Hassan; SMK Derma; SMK Putra; SMK Perlis; SMK Dato' Sheikh Ahmad; Kolej Vokasional Kangar; SMK Syed Hussein; Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra; SMK Mata Ayer; Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maad; SMK Syed Ahmad dan SMK Syed Sirajuddin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir Perlis
#sekolah dinaiki air
#PdPR
#Rose Aza Che Arifin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan