awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Banjir: Kerajaan Selangor sedia lebih 1,000 PPS - Exco

Bernama
Bernama
29/11/2025
07:30 MYT
[TERKINI] Banjir: Kerajaan Selangor sedia lebih 1,000 PPS - Exco
Jamaliah menyantuni mangsa banjir di PPS SK Salak di sini hari ini.
SEPANG: Lebih 1,000 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor sedia diaktifkan bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa banjir sentiasa terpelihara, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Awam dan Alam Sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin.
Beliau berkata setakat ini kira-kira lima peratus daripada keseluruhan PPS telah digunakan, dengan sembilan PPS dibuka di Sepang.
Menurut beliau, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu Lanjut merekodkan mangsa tertinggi iaitu 297 orang manakala PPS SK Salak pula 182 mangsa.
"Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) amat prihatin terhadap situasi bencana dan mengarahkan semua exco turun padang untuk melihat sendiri keadaan serta keperluan mangsa.
"Saya berjumpa beberapa mangsa termasuk wanita mengandung dan warga emas. Saya mendengar keluhan mereka dan menerangkan bahawa kerajaan negeri sudah menyediakan peruntukan tahun ini dan tahun depan, khusus bagi menangani bencana banjir," katanya kepada pemberita selepas menyantuni mangsa banjir di PPS SK Salak di sini hari ini.
DAPATKAN INFO TERKINI CUACA DAN BANJIR DI MALAYSIA DI SINI
Setakat tengah hari ini, laman sesawang www.infobencanajkm memaklumkan 33 PPS masih dibuka di Selangor bagi menempatkan 4,433 mangsa daripada 1,227 keluarga.
Menurut laman berkenaan, daripada jumlah itu sebanyak 14 PPS dibuka di Kuala Selangor, sembilan di Sepang, lima di Kuala Langat, tiga di Sabak Bernam dan dua di Klang.
"PPS hanya akan ditutup apabila mangsa benar-benar selamat untuk pulang ke kediaman masing-masing," katanya.
Jamaliah berkata kerajaan negeri sentiasa peka dengan isu banjir di Selangor dengan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek tebatan banjir sebagai langkah jangka panjang.
Untuk tujuan itu, Jamaliah berkata Ahli Parlimen di kawasan terlibat diminta menyampaikan maklumat berkaitan langkah proaktif Kerajaan Negeri Selangor kepada penduduk masing-masing bagi memastikan tiada keciciran maklumat.
Beliau menambah bahawa prosedur operasi standard (SOP) di setiap PPS berada pada tahap yang baik dengan segala urusan berkaitan mangsa telah diatur lebih awal bagi memastikan gerak kerja khususnya aspek penempatan sementara berjalan lancar.
Selain penyediaan PPS mencukupi, Selangor turut mempunyai lebih 300 aset logistik termasuk jentera operasi serta 200 bot yang sedia digerakkan sepanjang musim banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir selangor
#banjir 2025
#jamaliah jamaluddin
#PPS Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan