[TERKINI] Banjir Shah Alam: Pam monsun berjaya elak banjir teruk
![[TERKINI] Banjir Shah Alam: Pam monsun berjaya elak banjir teruk [TERKINI] Banjir Shah Alam: Pam monsun berjaya elak banjir teruk](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-11/81763964040_BANJIRBATU.jpg)
Beberapa kawasan di sekitar taman perumahan di Batu Tiga dinaiki air akibat limpahan Sungai Damansara hari ini. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Langkah proaktif pemasangan sembilan pam monsun berjaya mengelakkan banjir besar daripada menjejaskan kediaman penduduk di Taman Mesra, Batu Tiga, di sini, meskipun hujan lebat berterusan sejak semalam.
Ringkasan AI
- Pemasangan sembilan pam monsun di Taman Mesra, Batu Tiga berjaya mengelakkan banjir besar daripada menjejaskan kediaman penduduk berikutan hujan lebat berterusan.
- Sistem pam itu berperanan menyedut air melimpah dan mengalirkannya ke longkang monsun, mengurangkan risiko banjir yang sebelum ini berlaku pada tahun 2021.
- Hampir dua kilometer kawasan sekitar taman perumahan dinaiki air akibat limpahan Sungai Damansara, namun pemasangan pam monsun membantu mengawal paras air dan melindungi 119 rumah daripada terjejas.
Tinjauan mendapati hampir dua kilometer kawasan sekitar taman perumahan dinaiki air berpunca daripada limpahan Sungai Damansara, namun sistem pam yang dipasang sejak awal pagi membantu mengawal paras air.
Menurut Denesh, terdapat 119 rumah yang berisiko terjejas sekiranya hujan berterusan.
Difahamkan, air mula melimpah ke jalan raya sekitar jam 8.30 pagi selepas hujan berlarutan sejak petang semalam, menyebabkan akses ke beberapa premis perniagaan berhampiran terjejas.
Penduduk memaklumkan mereka akan terus memantau keadaan dan bersiap sedia sekiranya paras air meningkat, selain berharap pihak berkuasa tempatan turut memberi sokongan bagi mengelakkan kerosakan harta benda.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


