awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasatan kes bunuh di Sri Aman selesai, tiada DNA asing pada senjata
Sabah mengalu-alukan pembukaan Konsulat Singapura di Kota Kinabalu
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan Istana Negara

[TERKINI] Bekas PAT mengaku tidak bersalah salah guna kuasa terima suapan lebih RM700,000

Faida Rahim
Faida Rahim
23/01/2026
01:55 MYT
[TERKINI] Bekas PAT mengaku tidak bersalah salah guna kuasa terima suapan lebih RM700,000
Mohd Nizam ketika tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral (B) Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan suapan dan wang berjumlah lebih RM752,000 dan pecah amanah RM3 juta.
Mohd Nizam, 60, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Rosli Ahmad.
"Faham (pertuduhan), tidak mengaku bersalah Yang Arif," kata Mohd Nizam.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, beliau sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif TKAT, telah menggunakan kedudukan untuk suapan bagi diri sendiri iaitu melibatkan jumlah RM267,481.90 dan RM285,000.
Beliau dituduh melantik lima syarikat untuk menjalankan kerja pembekalan kain pelikat, kain batik, ‘multifunctional folding pliers’, beg galas dan tuala mandi untuk bungkusan barang hari raya bagi tahun 2025 kepada TKAT.
Kesalahan didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Jalan Padang Tembak, Kementah, pada 24 Jun 2024.
Beliau dituduh mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan ketiga, lelaki itu didakwa ketika menjawat jawatan sama, telah diamanahkan wang sejumlah RM3 juta di akaun bank milik TKAT, telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.
Beliau dituduh menyalahgunakannya dengan membuat pelaburan tambahan di dalam sebuah syarikat tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT di lokasi sama pada 4 Oktober 2024.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan boleh juga dikenakan denda.
Bagi pertuduhan keempat, beliau selaku PAT ATM, telah menerima untuk diri sendiri wang RM200,000 dengan tanpa balasan daripada seorang pengarah syarikat berusia 57 tahun, yang diketahui mungkin mempunyai kena-mengena dalam urusan yang akan dijalankan oleh tertuduh.
Kesalahan didakwa dilakukan di Wisma Transit Kuala Lumpur, Jalan Buku Lima, Kementah, di sini pada Mac 2025.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mohd Nizam yang mengenakan baju kemeja putih, blazer kelabu dan bertongkat tiba pada 8.20 pagi.
Dalam prosiding berkenaan, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ahmad Akram Gharib, Elyza Amira Habeeb Rahman dan Nidzuwan Abd Latip manakala pembelaan tertuduh oleh peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud.
Hakim Rosli kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM180,000 bagi kesemua pertuduhan dan membenarkan syarat tambahan yang dipohon pendakwaan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 31 Mac depan.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Kementerian Pertahanan
#Mahkamah Sesyen
#salah guna kuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.