awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakai 'Mankini' tiru watak Borat, tiga penyokong Club Brugge dipenjara di Kazakhstan
Rasmi – Perniagaan TikTok Amerika Syarikat dijual, entiti baharu ditubuhkan
Patung replika Cristiano Ronaldo dibakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan kes bunuh di Sri Aman selesai, tiada DNA asing pada senjata

Bernama
Bernama
23/01/2026
03:30 MYT
Siasatan kes bunuh di Sri Aman selesai, tiada DNA asing pada senjata
Mohamad Zainal yakin bahawa tiada lagi siasatan lain yang perlu dilakukan, namun tidak boleh mengkategorikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana harus menunggu laporan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa. - Gambar fail Bernama
KUCHING: Siasatan kes pasangan suami isteri yang ditemukan maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Jan lepas telah selesai, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah.
Beliau berkata, setakat ini polis telah merakam keterangan daripada 30 saksi terdiri daripada ahli keluarga, rakan, rakan tempat kerja dan jiran, selain menerima laporan kimia serta patologi hasil bedah siasat ke atas kedua-dua mangsa.
"(Menerusi siasatan kita) Saya boleh membuat kesimpulan kes ini telah selesai dan hasil dari siasatan ke atas senjata digunakan dalam kes ini terdapat hanya DNA kedua-dua mangsa sahaja dan tiada DNA asing lain.
"Kita juga tidak menjumpai tanda-tanda pecah rumah atau barang berharga yang hilang atau mereka kena samun. Jadi inference yang boleh kita buat bahawa pembunuhan ini hanya melibatkan mangsa berdua," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, pagi ini.
Mohamad Zainal yakin bahawa tiada lagi siasatan lain yang perlu dilakukan, namun tidak boleh mengkategorikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) kerana harus menunggu laporan forensik telefon bimbit kedua-dua mangsa.
"Hasil keterangan saksi kita juga mendapati mangsa lelaki (suami) apabila ditukarkan menjadi guru besar di sekolah baharu telah mengalami kemurungan. Mungkin melalui laporan forensik telefon mereka kita boleh mengetahui lebih lanjut dan membantu kita mendapatkan motif kes ini," katanya.
Pada 14 Jan lepas, Mohamad Zainal mengesahkan seorang guru besar dan isterinya ditemukan maut di Jalan Brayun, Sri Aman dengan kesan kecederaan serius pada bahagian tubuh.
Hasil bedah siasat ke atas mangsa lelaki (suami) mendapati terdapat 11 kecederaan akibat objek tajam melibatkan bahagian leher dan dada, manakala hasil bedah siasat ke atas mangsa perempuan (isteri), mendapati terdapat luka tikaman di bahagian leher.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes bunuh Sri Aman
#DNA
#senjata
#laporan kimia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan