awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Bomba bantu pindahkan calon SPM di Changlun

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/11/2025
01:50 MYT
[TERKINI] Bomba bantu pindahkan calon SPM di Changlun
Anggota bomba membantu memindahkan mangsa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terperangkap selepas rumahnya dinaiki air di Changlun, Kubang Pasu, malam tadi. - Gambar ihsan bomba
KUBANG PASU: Anggota pasukan keselamatan membantu memindahkan mangsa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terperangkap selepas rumahnya dinaiki air di Changlun, di sini, malam tadi.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada bapa calon terbabit pada jam 11 malam.
“Mangsa yang menghubungi pihak bomba minta untuk pindahkan anaknya ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana anaknya akan menduduki peperiksaan SPM hari ini.
“Operasi menyelamat mangsa turut berdepan cabaran ketika memindahkan mangsa pada waktu malam apabila ada kawasan yang ditenggelami air sedalam hampir dua meter. Keadaan paras air agak tinggi dan banjir kali ini agak teruk,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Operasi menyelamat mangsa turut berdepan cabaran ketika memindahkan mangsa kerana ada kawasan yang ditenggelami air sedalam hampir dua meter.
Operasi menyelamat mangsa turut berdepan cabaran ketika memindahkan mangsa kerana ada kawasan yang ditenggelami air sedalam hampir dua meter.
Ahmad Aminuddin berkata, sehingga kini, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di daerah Kubang Pasu iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun; Masjid Changkat Setul; Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 8, Dewan Kampung Tradisi Changlun; SK Binjal; Dewan Kodiang, Dewan Felda Batu 8; SK Malau, Dewan Padang Sera dan Dewan Kampung Tradisi Paya Pahlawan.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berpindah sekiranya kediaman mereka terus dinaiki air.
"Operasi disertai anggota BBP Jitra dan dibantu BBP Bukit Kayu Hitam dan BBP Sungai Petani,” katanya.
Info terkini Cuaca dan Banjir
Topic Berkaitan
#banjir
#calon SPM
#banjir Changlun
#Pusat Pemindahan Sementara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan