awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anthropic tegaskan Claude kekal bebas iklan
Anak gajah Asia betina lahir di Zoo Nasional Smithsonian selepas hampir 25 tahun
Hari Wilayah 2026: Presiden Mahkamah Rayuan dahului senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TERKINI HAJI 2025: Jemaah Malaysia diselamatkan susulan serangan jantung

Azizul Azwa
Azizul Azwa
02/06/2025
13:37 MYT
TERKINI HAJI 2025: Jemaah Malaysia diselamatkan susulan serangan jantung
Seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin, Maktab 85 dari Terengganu, berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan Arab Saudi selepas mengalami serangan jantung. - Astro AWANI
MEKAH: Seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin, Maktab 85 dari Terengganu, berjaya diselamatkan oleh pasukan perubatan Arab Saudi selepas mengalami serangan jantung.

Ringkasan AI
  • Jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin dari Terengganu, diselamatkan selepas mengalami serangan jantung di Arab Saudi.
  • Beliau menerima rawatan di King Abdullah Medical City dan kini dipantau secara jarak jauh melalui peranti pintar oleh Hospital Maya Seha.
  • Kes ini menunjukkan kecekapan perubatan Arab Saudi dalam menjaga keselamatan dan kesihatan jemaah haji.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Zurina, mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji.
Beliau mendapat rawatan jantung di King Abdullah Medical City, di sini.
Selepas prosedur rawatan, Zurina, 60, didaftarkan dalam program pemantauan kesihatan jarak jauh kerajaan Arab Saudi, dikendalikan Hospital Maya Seha.
Keadaannya kini dipantau secara berterusan menggunakan peranti pintar pemantauan jantung.
Selepas menerima rawatan, Zurina dapat meneruskan ibadah haji dengan selamat, sementara kesihatannya terus dipantau secara jarak jauh.
Menurut kenyataan itu lagi, kes ini mencerminkan keupayaan perubatan maju Arab Saudi serta komitmennya yang teguh dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah haji.
Topic Berkaitan
#terkini haji 2025
#jemaah haji Malaysia
#Zurina Mat Hussin
#serangan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan