awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gelombang sejuk ringan melanda sebahagian Bangladesh
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Kes 1MDB: Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion

Seth Akmal
Seth Akmal
26/12/2025
13:35 MYT
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib dihukum penjara 15 tahun, denda RM11.38 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut menetapkan hukuman penjara sehingga 40 tahun ke atas Najib sekiranya gagal melunaskan denda yang dikenakan. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dikenakan hukuman penjara selama 15 tahun serta denda berjumlah RM11.38 bilion selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Ringkasan AI
  • Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion selepas disabitkan kesalahan menyalahgunakan kuasa menerima suapan RM2.3 bilion dana 1MDB serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang sama.
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap pertuduhan penyalahgunaan kuasa dan lima tahun bagi pengubahan wang haram, serta mengarahkan hukuman dilaksanakan serentak selepas Najib selesai menjalani hukuman berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
  • Mahkamah juga menetapkan hukuman penjara hingga 40 tahun ke atas Najib jika gagal melunaskan denda; hakim berpuas hati pertuduhan tidak bertindihan dan tiada pengesahan surat derma dari Arab Saudi, menekankan tiada balasan kepada keluarga diraja sebagai tanda terima kasih.

Beliau disabitkan kesalahan terhadap empat pertuduhan menyalahgunakan kuasa bagi menerima suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain 21 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman berkenaan pada jam 9 malam hari ini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun bagi setiap empat pertuduhan penyalahgunaan kedudukan terhadap Najib, manakala bagi kesalahan pengubahan wang haram, beliau dihukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.
Hakim Collin turut mengarahkan semua hukuman tersebut dilaksanakan secara serentak, selepas Najib selesai menjalani hukuman penjara yang sedang dijalani berkaitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.
Selain itu, mahkamah menetapkan hukuman penjara sehingga 40 tahun ke atas Najib yang juga bekas Menteri Kewangan itu sekiranya beliau gagal melunaskan denda yang dikenakan.
Terdahulu ketika membacakan dapatan mahkamah, Hakim Collin berkata mahkamah berpuas hati bahawa empat pertuduhan (salah guna kedudukan) tidak kabur dan tidak bertindihan di antara satu sama lain.
Dalam isu lain berkaitan pertuduhan itu, Hakim Collin mengatakan tiada pengesahan empat surat yang dikemukakan Najib berhubung bukti derma daripada pemerintah Arab Saudi selain tiada salinan asal surat berkaitan derma tersebut.
Tambah Hakim Collin, menjadi suatu yang luar biasa apabila tiada surat balasan dihantar kepada keluarga diraja itu, sebagai salah satu tanda berterima kasih di atas sumbangan yang diperoleh.
Mengikut empat pertuduhan Najib sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB didakwa menggunakan kedudukannya ketika itu bagi memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB.
Kesalahan itu dilakukan di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini, antara 24 Februari 2011 hingga 19 Disember 2014.
Justeru, beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda hingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram pula, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama antara 22 Mac 2013 hingga 30 Ogos 2013.
Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Najib Razak
#Mahkamah Persekutuan
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan