awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Gelombang sejuk ringan melanda sebahagian Bangladesh

Bernama
Bernama
26/12/2025
15:28 MYT
Gelombang sejuk ringan melanda sebahagian Bangladesh
Kabus sederhana hingga tebal dijangka berlaku di beberapa kawasan dari tengah malam hingga waktu pagi. - Bangladesh Post
DHAKA: Gelombang sejuk ringan melanda beberapa kawasan di Bangladesh, termasuk daerah Jashore, Chuadanga, Gopalganj, Rajshahi, Pabna, Sirajganj dan Nilphamari, dan dijangka berterusan di beberapa kawasan, lapor United News of Bangladesh (UNB) memetik Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD).
Jashore mencatatkan suhu terendah negara iaitu sembilan darjah Celsius pada pagi Jumaat, menurut buletin berkala BMD.
Suhu pada waktu siang dan malam dijangka meningkat sedikit di seluruh negara. Namun, keadaan berkabus boleh menyebabkan cuaca sejuk terus dirasai di banyak kawasan, menurut buletin itu.
Kabus sederhana hingga tebal dijangka berlaku di beberapa kawasan dari tengah malam hingga waktu pagi dan mungkin berlarutan sehingga tengah hari di sesetengah tempat. Keadaan ini berpotensi menjejaskan navigasi udara, pengangkutan sungai dan perhubungan jalan raya buat sementara waktu.
Cuaca dijangka kekal kering dengan keadaan langit separa mendung di seluruh negara.
Sementara itu, rabung tekanan tinggi benua meliputi hingga ke Bengal Barat dan kawasan bersebelahan, manakala satu sistem tekanan rendah bermusim berada di Teluk Selatan dengan alurnya memanjang ke arah Teluk Timur Laut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca sejuk
#gelombang sejuk
#Bangladesh
#kabus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan