[TERKINI] Malaysia sambut baik keputusan gencatan senjata Thailand-Kemboja
![[TERKINI] Malaysia sambut baik keputusan gencatan senjata Thailand-Kemboja [TERKINI] Malaysia sambut baik keputusan gencatan senjata Thailand-Kemboja](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2025-12/81766820952_THAIKEMBOJA.jpg)
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai langkah positif untuk kefahaman bersama demi kepentingan orang awam. -Foto Facebook Army Military Force
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan gencatan senjata di antara Kemboja dan Thailand hari ini.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand sebagai langkah positif untuk kefahaman bersama demi kepentingan orang awam.
- Gencatan senjata berkuat kuasa pada jam 12:00 (UTC7) menunjukkan pengiktirafan bersama untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan kedudukan pasukan demi keamanan masyarakat.
- Keharmonian dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan utama dalam keputusan yang dinyatakan melalui kenyataan rasmi Perdana Menteri di Facebook.
“Saya menyambut baik gencatan senjata yang dipersetujui oleh Kemboja dan Thailand, yang berkuat kuasa pada jam 12:00 (UTC+7).
“Keputusan untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan kedudukan pasukan mencerminkan pengiktirafan bersama bahawa langkah terkawal diutamakan, terutama demi kepentingan orang awam,” katanya melalui kenyataan yang disiarkan di Facebook rasminya hari ini.
Anwar dalam pada itu berharap usaha memastikan keamanan di rantau ini dapat diteruskan apabila kepengerusian ASEAN diserahkan kepada Filipina tahun hadapan.
“Kerajaan akan menyokong semua usaha bagi memastikan janji-janji ini ditepati serta mengekalkan prestij dan kredibiliti ASEAN sebagai rantau aman,” katanya lagi.
Terdahulu, Mesyuarat Khas Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Ketiga menetapkan langkah-langkah praktikal dan positif, termasuk pengesahan oleh Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) serta komunikasi langsung antara pihak berkuasa pertahanan.
“Langkah-langkah ini menyediakan asas kestabilan, dan saya berharap kedua-dua pihak akan melaksanakannya dengan setia,” tambah beliau.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Thailand turut bersetuju memulangkan 18 anggota tentera Kemboja yang ditahan jika gencatan senjata kekal sekurang-kurangnya 72 jam.
Kedua-dua pihak juga bersetuju membenarkan penduduk yang terpaksa berpindah akibat konflik kembali ke kediaman masing-masing di kawasan sempadan yang terjejas.
Pertempuran yang tercetus awal bulan ini berpunca daripada pertikaian wilayah berlarutan, dengan kedua-dua pihak saling menuduh melancarkan serangan terlebih dahulu.
Insiden itu mengakibatkan kematian anggota tentera dan orang awam, selain kerosakan infrastruktur di wilayah Siem Reap, Kemboja, serta kawasan sempadan di Thailand.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah keputusan penting yang disambut baik oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam artikel ini? A: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan gencatan senjata di antara Kemboja dan Thailand sebagai langkah positif untuk kefahaman bersama demi kepentingan orang awam.
- Q: Pada waktu apakah gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand berkuat kuasa? A: Gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand berkuat kuasa pada jam 12:00 (UTC7), menunjukkan pengiktirafan bersama untuk menghentikan pertempuran dan mengekalkan kedudukan pasukan demi keamanan masyarakat.
- Q: Apa yang menjadi keutamaan utama dalam keputusan yang disiarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim? A: Keharmonian dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan utama dalam keputusan yang dinyatakan melalui kenyataan rasmi Perdana Menteri di Facebook.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

