Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Nahas helikopter Ulu Baram: Penyelenggaraan dibuat 24 Ogos lalu

KUCHING, 25 Jun -- Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah ditemui pemberita pada Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini._BERNAMA
Mohamad Zainal berkata selepas penyelenggaraan berkenaan, pesawat terbabit boleh digunakan untuk penerbangan selama 100 jam. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Helikopter yang terlibat dalam nahas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak, pada petang Selasa, kali terakhir menjalani penyelenggaraan pada 24 Ogos lalu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, selepas penyelenggaraan berkenaan, pesawat terbabit boleh digunakan untuk penerbangan selama 100 jam.

"Mengikut siasatan kita setakat ini, kali terakhir pada 24 Ogos, baru sahaja. 

"Selepas penyelenggaraan itu dia boleh digunakan untuk penerbangan selama 100 jam. Maknanya 24 Ogos baru lagi lah," katanya dalam satu sidang media berhubung nahas udara itu hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, helikopter berkenaan tidak dilengkapi perakam suara atau kotak hitam.

Menurutnya, pihak polis setakat ini juga tidak menerima maklumat mengenai sebarang panggilan kecemasan daripada juruterbang sebelum kejadian.

"Jadi setakat ini kita tidak ada maklumat berkaitan dengan adanya 'emergency call' daripada 'pilot'. 

"Bagaimanapun, Bahagian Siasatan Kemalangan Udara akan menjalankan siasatan lanjut berkaitan punca sebenar kejadian ini, bagaimana ianya berlaku," ujarnya.

Sebuah helikopter BO-105 membawa lima penumpang termasuk juruterbang dilaporkan terhempas di Sarawak, pada petang Selasa.

Pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden berkenaan selain memaklumkan pihaknya menerima notifikasi berhubung kejadian itu daripada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan pada jam 3.58 petang.

Selain Kapten Zainol, empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Dr Ainul Baraah Kamaruddin,  PPP Alexson Adit, SN Debra Moset dan SN Jessie Paya.
 

Must Watch Video

Advertisement