awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Midanao, Filipina
JS‑SEZ: Malaysia-Singapura tingkat komitmen, tumpu pelaksanaan
Trump berharap sangat Amerika tidak lancar tindakan ketenteraan terhadap Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Pegawai kanan ATM, Mohamed Fauzi didakwa pecah amanah RM5 juta

Bernama
Bernama
30/01/2026
01:50 MYT
[TERKINI] Pegawai kanan ATM, Mohamed Fauzi didakwa pecah amanah RM5 juta
Mohamed Fauzi Khamis tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan diiringi pegawai SPRM pada Jumaat. - Gambar SINAR HARIAN
KUALA LUMPUR: Pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) berjumlah RM5 juta kira-kira dua tahun lepas.
Mohamed Fauzi, 56, yang memakai sut lengkap berwarna biru gelap mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
"Saya faham dengan pertuduhan, saya tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan," katanya yang juga Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.
Mohamed Fauzi didakwa sebagai Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan TKAT telah melakukan pecah amanah wang berjumlah RM5 juta milik TKAT, iaitu tertuduh secara tidak jujur menyalahgunakan wang itu dengan membuat pelaburan tambahan dalam syarikat Precious Amber International Berhad tanpa mendapat kelulusan Jawatankuasa Pelaburan TKAT.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kementah di sini pada 27 Nov 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan [Akta 574], yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How mencadangkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin berserta syarat pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dengan mengambil kira ini adalah kesalahan serius.
"Pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah dengan alasan tertuduh masih menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, selain ada risiko untuk melarikan diri kerana tertuduh kerap ke luar negara. Oleh itu, jaminan tersebut adalah munasabah," kata Law.
Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang mewakili Mohamed Fauzi memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM70,000 kerana anak guamnya mempunyai tiga anak yang masih bersekolah serta masih menjawat jawatan Ketua Staf Markas Angkatan Bersama.
"Pihak pembelaan tidak membantah pasport anak guam diserahkan kepada mahkamah namun jumlah jaminan RM300,000 adalah tidak munasabah selain tertuduh akan sentiasa hadir ke mahkamah pada setiap sebutan yang ditetapkan," kata peguam itu.
Bagaimanapun, Law membantah terhadap permohonan pihak pembelaan yang memohon supaya jaminan dikurangkan kepada RM70,000.
Suzana membenarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 16 Mac ini untuk sebutan kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pecah amanah
#pegawai kanan ATM
#TKAT
#Mejar Jen Datuk Mohamed Fauzi Kamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan