awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Mayat pelajar praktikal dituntut keluarga
Kemalangan maut di Rawang: MOT siasat syarikat pengendali bas
Akmal Saleh akan umum hasil pertemuan esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] PRN Sabah: Ahmad Zahid seru pengundi guna hak pilih wakil terbaik

Bernama
Bernama
29/11/2025
01:05 MYT
[TERKINI] PRN Sabah: Ahmad Zahid seru pengundi guna hak pilih wakil terbaik
Selamat mengundi diucapkan kepada semua warga Sabah yang keluar melaksanakan amanah ini, tulis Ahmad Zahid di media sosial beliau pagi ini. - Facebook Ahmad Zahid
KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 supaya menggunakan hak dan kuasa yang diberi untuk memilih wakil terbaik demi masa depan negeri itu.
"Hari ini ialah hari penting buat seluruh rakyat Sabah yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Selamat mengundi saya ucapkan kepada semua warga Sabah yang keluar melaksanakan amanah ini.
"Segalanya kini terletak di tangan anda ... Pilihlah dengan hati yang tenang dan pertimbangan yang matang," katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menasihati pengundi supaya merancang perjalanan dengan baik, mematuhi arahan pihak berkuasa dan sentiasa menjaga keselamatan diri sepanjang proses pengundian, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
"Saya mendoakan semoga segala urusan anda dipermudah dan proses pengundian berjalan dengan lancar serta teratur. Insya-Allah. Selamat mengundi, rakyat Sabah," katanya.
Kesemua 882 pusat mengundi dan 3,559 saluran bagi pilihan raya itu dibuka serentak pada 7.30 pagi ini untuk memberikan peluang kepada 1.74 juta pengundi melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka.
Untuk berita terkini PRN Sabah ke-17, layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Ahmad Zahid Hamidi
#Keputusan PRN Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan