[TERKINI] Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM
![[TERKINI] Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM [TERKINI] Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik PM](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2024-06/71719492482_TBShamsulIskandar.jpg)
Shamsul menyatakan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri pada hari ini.
Shamsul menyatakan bahawa beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Malah beliau turut mendakwa terdapat percubaan untuk menyerang beliau secara peribadi dan merosakkan imej kerajaan MADANI.
“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini… Saya mengucapkan terima kasih kepada PM di atas kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya menerusi hantaran di X.
Sebelum ini Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Setiausaha Politik Perdana Menteri itu menulis surat sokongan untuk projek pembinaan sebuah hospital pada 2024.
Rafizi turut mendesak agar Shamsul dipecat daripada jawatan kanan dalam pejabat Perdana Menteri.
Pada 21 November Anwar berkata tiada keperluan bagi pihaknya untuk membuat laporan terhadap tindakan setiausaha politik beliau yang telah diberikan teguran tempoh hari.
Anwar sebelum itu mengesahkan telah memberi teguran yang keras ke atas setiausaha politiknya kerana surat sokongan merupakan hal yang bertentangan dengan peraturan.
Bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mengangkat sumpah selaku Setiausaha Politik Perdana Menteri pada 23 Disember 2022.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


