awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

[TERKINI] Tun Mahathir disahkan retak tulang pinggul kanan

Ernalisa Othman, Seth Akmal
Ernalisa Othman, Seth Akmal
06/01/2026
09:33 MYT
[TERKINI] Tun Mahathir disahkan retak tulang pinggul kanan
Dr Mahathir dijangka ditahan di wad untuk beberapa minggu bagi menjalani rawatan dan pemantauan berikutan kecederaan tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disahkan mengalami kecederaan retak tulang pinggul kanan dan perlu menjalani rawatan serta pemantauan selama beberapa minggu.

Ringkasan AI
  • Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami kecederaan patah tulang pinggul kanan dan perlu rawatan serta pemantauan selama beberapa minggu.
  • Beliau dikejarkan ke Institut Jantung Negara selepas terjatuh di kediamannya pada jam 7.30 pagi.
  • Pegawai Media beliau, Sufi Yusoff, mengesahkan bahawa Dr Mahathir masih dalam proses pemantauan keseluruhan dan dijangka ditahan di wad untuk beberapa minggu.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan oleh Pegawai Media beliau, Sufi Yusoff.
Terdahulu, tokoh politik berusia lebih 100 tahun itu dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas terjatuh di kediamannya pada jam 7.30 pagi tadi.
“Selepas penilaian pasukan perubatan, disahkan bahawa Tun Mahathir mengalami retak di bahagian pinggul kanannya.
"Beliau dijangka akan ditahan di wad untuk beberapa minggu bagi menjalani rawatan dan pemantauan,” kata Sufi dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.
Terdahulu, Sufi mengesahkan bahawa Dr Mahathir dimasukkan ke hospital dalam keadaan sedar sekitar jam 9.30 pagi selepas terjatuh di kediamannya ketika bergerak dari balkoni ke ruang tamu.
“Ya beliau dimasukkan ke IJN akibat terjatuh dan kini masih dalam proses pemantauan secara keseluruhan,” katanya.
Pada 13 Julai 2025, bekas Perdana Menteri itu pernah dikejarkan ke IJN akibat keletihan, namun dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan sekitar jam 10 pagi.
Topic Berkaitan
#Tun Mahathir jatuh
#keadaan terkini Tun M
#Tun Mahathir patah pinggul
#Tun Mahathir retak pinggul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan