awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terma wilayah permulaan terbaik untuk kembalikan semangat MA63 - Fadillah

Munirah Mudzamli
Munirah Mudzamli
10/04/2021
06:33 MYT
Terma wilayah permulaan terbaik untuk kembalikan semangat MA63 - Fadillah
Fadillah berpendapat selepas diiktiraf sebagai wilayah langkah berikutnya adalah menuntut hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) - Foto BERNAMA
KUCHING: Naib Yang Dipertua Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan terma wilayah untuk Sarawak dan Sabah sebagai satu permulaan bagi menghidupkan kembali semangat Perjanjian Malaysia (MA63).
Beliau yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berpendapat selepas diiktiraf sebagai wilayah, Sarawak dan Sabah wajar untuk menuntut hak yang termaktub dalam perjanjian berkenaan.
“Kita menuju ke arah apa yang lebih dituntut oleh Sarawak.
“Sebab itu dalam jawatankuasa MA63 yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin, dan dianggotai Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah, salah satu jawatankuasa ialah jawatankuasa untuk kesaksamaan iaitu kita mahu melihat konteks perundangan, yang mana salah satu fokusnya ialah untuk membuat pindaan kepada perlembagaan,” ujarnya.
Status Wilayah | Langkah kembalikan hak Sarawak dan Sabah
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Persatuan Bekas Polis Cawangan Petra Jaya pada Sabtu.
Tambahnya beberapa perkara berkaitan dalam Perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Sarawak akan diteliti sebelum pindaan dilakukan secara berperingkat.
“Kita kini melihat secara terperinci dan akan berbincang untuk mentafsirkan perlembagaan supaya MA63 itu termasuk dalam perlembagaan kita di Sarawak,” katanya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Makan Tengah Hari bersama kepimpinan Masyarakat di Kuching, Sarawak awal bulan ini menggunakan istilah wilayah Sarawak bagi menggantikan negeri.
Jelas beliau, Sarawak salah satu daripada tiga wilayah di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Topic Berkaitan
#wilayah
#Perjanjian Malaysia 1963
#Fadillah Yusof
#PBB
#Sarawak
#Muhyiddin Yassin
#Ketua Menteri
#Bumiputera
#Kuching
#Perdana Menteri
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan