JOHOR BAHRU: Pihak pengurusan Terminal Bas dan Pengangkutan Awam Larkin Sentral melakukan persediaan yang rapi untuk menerima pengembara Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) Darat mulai esok.
Pengurus Bangunan Larkin Sentral Mohd Helmi Mohd Affendi berkata, ia bagi memastikan pelepasan pengembara VTL darat daripada Malaysia melibatkan seramai 1,440 orang dengan 32 perjalanan sehari, berjalan dengan lancar.
Beliau berkata, perjalanan bas pertama esok daripada terminal itu menuju ke Queen Street Singapura adalah pada pukul 7.30 pagi manakala bas pertama daripada republik berkenaan dijangka tiba di terminal itu pada 9.20 pagi.
"Setiap bas akan tiba dalam masa berselang antara 15 hingga 30 minit dan bas terakhir adalah pada pukul 8.30 malam, manakala bas terakhir daripada Singapura pula pada pukul 9.30 malam.
"Saya dimaklumkan tiket daripada Singapura ke Malaysia habis terjual tetapi penjualan tiket dari sini untuk minggu pertama tidak, mungkin kerana rakyat Singapura terkandas di Malaysia sedikit, tetapi kita jangka minggu kedua atau ketiga nanti kita akan kendali lebih ramai penumpang," katanya kepada pemberita ketika tinjauan persiapan terakhir di terminal itu, di sini, hari ini.
Beliau menjelaskan kesemua pengembara akan ditempatkan di ruang menunggu di pintu tiga dan empat terminal itu yang boleh menampung seramai 90 individu dan setiap bas boleh menempatkan seramai 45 penumpang.
Mohd Helmi berkata, kesemua penumpang dinasihatkan untuk tiba satu jam lebih awal mengikut waktu pelepasan masing-masing dan perlu memastikan segala dokumen lengkap.
"Pada hari pelepasan, pihak syarikat bas akan memeriksa sama ada vaccination travel pass (VTP) mereka valid atau tidak, serta keputusan ujian COVID-19 yang dibuat dua hari sebelum berlepas dan dokumen lain," katanya.
Sementara itu beliau berkata pengembara yang menaiki bas daripada Queen Street Singapura dan tiba ke terminal itu juga akan menjalani on arrival test (OAT) COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Jika keputusan negatif COVID-19, mereka boleh terus keluar daripada terminal, namun sekiranya positif mereka akan dibawa oleh pihak KKM untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan rakan sejawatannya di Singapura, Lee Hsien Loong, dijangka melancarkan hari pertama VTL darat, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Ruang legar dan kaunter tiket bas di Terminal Larkin kelihatan sepi sepanjang musim pandemik. - Bernama
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Terminal Larkin buat persiapan akhir untuk terima pengembara VTL darat mulai esok
Pastikan pelepasan pengembara VTL darat daripada Malaysia melibatkan seramai 1,440 orang dengan 32 perjalanan sehari, berjalan dengan lancar.