SEPANG: Akibat terpengaruh dengan iklan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan sehingga RM7,000 di sebuah kasino di Bangkok, seorang pemuda dari Rawang didera dan dipaksa menjadi 'scammer' atau penipu wang pelaburan kripto suatu sindiket beroperasi di Myawaddy, Myanmar.
Ah Chong (bukan nama sebenar) berkata beliau hanya mampu bertahan tiga hari di Myanmar dan memohon untuk kembali ke Malaysia namun tidak dibenarkan selagi tidak membayar wang tebusan.
"Saya difahamkan kerja kasino itu di Bangkok. Selepas sampai di sana, saya dibawa ke lokasi lain menerusi laluan tikus dan selepas itu baru saya sedar telah dipergunakan oleh sindiket itu dan minta balik Malaysia namun tidak dibenarkan.
"Sindiket itu juga meminta wang tebusan sehingga RM80,000 untuk melepaskan saya dan akhirnya anggota keluarga bayar RM30,000 untuk saya keluar. Bersama-sama saya ada lebih 80 mangsa yang juga rakyat Malaysia yang terperangkap dan dipaksa menjadi 'scammer'," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di sini hari ini.
Ah Chong merupakan antara 10 mangsa sindiket wang pelaburan kripto di Myawaddy yang tiba dari Bangkok selepas diselamatkan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO).
Wakil MHO Azirul Syafiq Sazali yang mengendalikan usaha menyelamatkan kesemua mangsa berkata terdapat tiga situasi yang membolehkan mereka diselamatkan antaranya terdapat mangsa yang melarikan diri dengan kenderaan sindiket.
"Ada yang melarikan diri dengan dibantu rakan yang membawa mereka menyeberangi masuk ke Mae Sot (Thailand) dan menyerah diri kepada pihak berkuasa Thailand untuk proses dokumentasi seterusnya," katanya.
Beliau berkata kebanyakan kes penipuan pelaburan kewangan yang berlaku di Malaysia berpunca daripada operasi sindiket itu yang aktif di Myawaddy, malah mangsa turut dipaksa mengikuti kursus pengendalian sistem kripto.
Azirul Syafiq turut mendedahkan keberadaan mangsa di Myawaddy adalah secara haram memandangkan sebarang kemasukan pengunjung luar ke Myanmar mesti melalui Yangon sahaja.
"Myanmar tidak membenarkan mana-mana pasport antarabangsa dicop di sempadan, jika nak ke Myanmar hanya perlu melalui Yangon sahaja. Jadi semua 100 peratus mangsa rakyat kita di Myanmar masuk secara haram memandangkan (rekod) perjalanan terakhir di Bangkok," katanya.
Turut hadir Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim dan anggota keluarga mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 09 2024
Hishamuddin dan Azirul (kanan) bertemu dengan sepuluh mangsa sindiket wang pelaburan kripto di Myawaddy, Myanmar sejurus tiba di KLIA Terminal 1. - Gambar Bernama
Tidak layak beraksi di UCL, Ten Hag dan pemain berdepan potongan gaji
Rancangan Man United untuk mengurangkan gaji pemain boleh menghalang peluang mereka untuk mengekalkan kapten pasukan Bruno Fernandes.
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1
Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga, Honda City, Perodua Alza dan sebuah motosikal.
Alamak! Arsenal kempunan lagi!
Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta telah beraksi cemerlang sepanjang musim tetapi terpaksa menelan hempedu di penghujung jalan.
[LAPOR LANGSUNG] Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter
Dron berkenaan mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.
Niaga AWANI: Perspektif Pelaburan: Dari angka KDNK ke angka pasaran
Lanskap ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun 2024 telah ditandai dengan prestasi yang kukuh, melebihi jangkaan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2%. Bagaimana data ekonomi ini dapat diterjemahkan dan digunakan dalam pasaran modal?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: 4.2% KDNK suku pertama 2024, melebihi sasaran
Bank Negara Malaysia memaklumkan, semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang terutamanya oleh sektor perkhidmatan (59.3%), pembuatan (23.1%) dan pembinaan (3.9%).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Hala tuju baharu tiga agensi Bumiputera kementerian ekonomi
Tiga agensi mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU dan Ekuinas akan mengumumkan program-program khusus yang dibuka kepada bakat-bakat niagawan Bumiputera untuk mencapai anjakan sekali gus menskalakan agenda penciptaan nilai Bumiputera ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.
Niaga AWANI: Sentimen pengguna lemah, reformasi ekonomi perlu lebih strategik?
Apakah impikasi jangka panjang sekiranya sentimen atau keyakinan pengguna terus melemah dan apakah langkah reformasi yang perlu dilakukan? Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Terpengaruh iklan kerja gaji lumayan, pemuda jadi mangsa scammer
Seorang pemuda dari Rawang didera dan dipaksa menjadi 'scammer' atau penipu wang pelaburan kripto suatu sindiket beroperasi di Myawaddy, Myanmar.