NATIONAL
Terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud, pengurus syarikat hilang lebih RM650,000

Seorang pengurus syarikat kehilangan RM651,800 selepas terperdaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang pengurus syarikat berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM651,800 lesap, selepas terperdaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan menerusi aplikasi Facebook, awal tahun ini.
Ringkasan AI
- Seorang pengurus syarikat kehilangan RM651,800 selepas terperdaya dengan skim pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
- Mangsa melakukan 25 transaksi pembayaran ke tiga akaun bank berbeza dari 13 Feb hingga 27 Mac, tetapi tidak menerima sebarang pulangan dan mula berasa tertipu.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dan polis menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan.
"Mangsa kemudiannya berhubung dengan lima individu berbeza menerusi aplikasi WhatsApp yang memberi penerangan lanjut mengenai pelaburan tersebut.
"Mangsa turut diminta untuk memuat turun serta mendaftar akaun pelaburan melalui satu aplikasi bagi memantau hasil pelaburannya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Raiz Mukhliz berkata tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan, mangsa telah melakukan 25 transaksi pembayaran ke tiga akaun bank berbeza dari 13 Feb hingga 27 Mac lepas, berjumlah keseluruhan RM651,800 menggunakan wang simpanan sendiri.
Beliau berkata mangsa mula berasa tertipu apabila diminta membuat bayaran tambahan bagi menuntut keuntungan yang dijanjikan, sedangkan sepanjang tempoh tersebut mangsa tidak menerima sebarang pulangan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun, dengan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan terlalu lumayan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami