KUCHING: Ekoran tertarik dengan iklan pelaburan menguntungkan di media sosial, seorang lelaki berusia 25 tahun di Sibu (kira-kira 400 kilometer dari sini) menjadi mangsa penipuan dalam talian dan mengalami kerugian berjumlah RM101,200.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata mangsa yang bekerja sebagai penjaga stor sebuah syarikat itu melakukan pelaburan dalam talian dengan memuat turun aplikasi 'PSLUS' menerusi Google Play setelah menonton iklan di Facebook pada 30 Mei lepas.
"Mangsa telah menghubungi nombor Whatsapp 621513-477+60 dan suspek telah menunjukkan bagaimana cara untuk membuat pelaburan serta mangsa diberitahu akan mendapat keuntungan yang tinggi mengikut nilai pelaburan yang dibuat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa telah melakukan 11 transaksi pemindahan wang berjumlah RM101,200 ke enam akaun bank berlainan dari pertengahan Jun hingga awal bulan ini.
Mohd Azman berkata lelaki itu hanya menyedari ditipu setelah tidak menerima hasil keuntungan pelaburan seperti yang dijanjikan suspek.
Katanya mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023
Mangsa yang bekerja sebagai penjaga stor sebuah syarikat itu melakukan pelaburan dalam talian dengan memuat turun aplikasi 'PSLUS' menerusi Google Play. -Gambar hiasan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tertarik iklan pelaburan di media sosial, lelaki rugi lebih RM100,000
Mangsa yang bekerja sebagai penjaga stor sebuah syarikat itu melakukan pelaburan dalam talian dengan memuat turun aplikasi 'PSLUS' menerusi Google Play.
Lelaki mabuk langgar peniaga hingga mati direman empat hari
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes lelaki yang bekerja sebagai tukang besi berkenaan dan selepas ini akan menghantar kertas siasatan itu kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.