Mahkamah Tinggi di sini diberitahu tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 22 September 2015, seminggu selepas Kevin Morais dijumpai mati pada 16 September 2015.
Pegawai Risikan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Sentul Insp Ridhuan Abdul Razak berkata R. Dinishwaran, 24, datang ke IPD itu pada 3 petang bersama-sama peguamnya dan seorang pembantu peguam.
"Pada 22 September 2015, semasa saya berada di Pejabat JSJ, Tingkat 4, telah datang seorang lelaki India menyerah diri. Lelaki itu ialah Dinishwaran," katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Nurfaida Mohd Rashidee pada sesi perbicaraan kes itu yang masuk hari Ke-24 di sini, hari ini.
Saksi ke-33 itu berkata beliau kemudian menangkap tertuduh dan menerangkan sebab dia ditangkap dan hak orang yang ditangkap mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah.
"Selepas tangkapan dibuat, saya serahkan tertuduh kepada Pegawai Penyiasat ASP Wan Abdullah Wan Said," katanya sambil memberitahu beliau membuat satu laporan polis berhubung tangkapan itu dan tiada sebarang rampasan dibuat daripada tertuduh.
Ketika pemeriksaan balas peguam M. Manoharan yang mewakili Dinishwaran, Ridhuan bersetuju bahawa tertuduh datang menyerah diri di IPD selepas dia membaca sebuah akhbar berbahasa Tamil mengenai pihak polis mencarinya bagi membantu siasatan mengenai satu kes.
Bagaimanapun, kepada soalan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin ketika pemeriksaan semula sama ada tertuduh memberitahu kandungan berita akhbar itu, saksi berkenaan menjawab: "Tidak".
Pegawai Operasi Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman Supt Hazril Kamis yang merupakan saksi ke-34 pula berkata beliau telah menangkap tertuduh keempat, A.K. Thinesh Kumar, 23, di rumahnya di Taman Desa Aman 3, Sungai Lalang, Bedong, Kedah.
Beliau berkata tangkapan itu dibuat pada 16 September tahun lepas berdasarkan arahan Supt Shazeli Kahar supaya mengesan dan menangkap suspek berkaitan kes pembunuhan itu.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Izzat Fauzan tentang keadaan Thinesh Kumar ketika ditangkap, beliau berkata tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada anggota polis.
Menurutnya beliau turut merampas dua telefon bimbit jenis Samsung bersama kad sim telefon itu daripada tertuduh sebelum membawanya ke IPD Sentul dan menyerahkannya kepada seorang pegawai polis.
Enam lelaki - G. Gunasekaran, 48, Dinishwaran, Thinesh Kumar, M.Vishwanath, 26, S. Nimalan, 23, dan S.Ravi Chandaran, 45, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Kevin Morais antara 7 pagi dan 8 malam, 4 September 2015, di antara Jalan Dutamas Raya Sentul dan No.1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya.
Kolonel Dr R. Kunaseegaran, 53, yang merupakan tertuduh pertama, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan bersubahat dengan enam lelaki itu dalam pembunuhan Kevin Morais di tempat, tarikh dan masa sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung Selasa.
Bernama
Fri Sep 23 2016
Dinishwaran datang menyerah diri selepas mendapat tahu dirinya dikehendaki dalam kes pembunuhan Kevin Morais (gambar). - Gambar fail
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Kakak Bella jadi 'ibu' gembirakan Eusuf dan Mariam di Aidilfitri
Ketiadaan Mira Sharmilah Samsusah atau Bella pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini sememangnya memberikan kesan kepada kedua-dua anaknya, Eusuf Abdul Fatah, 5, dan Mariam, 3.
Suami ditemui mati dengan kesan cekik, isteri ditahan
Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan penemuan mayat suaminya dipercayai dibunuh di sebuah rumah kosong di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.
Model tikam teman lelaki hingga mati, punca dipercayai cemburu
Seorang lelaki maut ditikam kekasihnya yang merupakan seorang model sambilan dalam kejadian di sebuah unit kondominium di Kota Kemuning di sini pada Isnin.
Warga emas dituduh bunuh abang, kakak ipar guna sabit sawit
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya menggunakan sabit pengait sawit, minggu lalu.
Tolak kekasih dari tingkat 23, pemandu lori didakwa membunuh
Pemandu lori yang ditahan kerana menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium didakwa di Mahkamah Majistret, pada Jumaat.
Enam warga Sri Lanka termasuk ibu, empat anak mati ditikam di Ottawa
Kejadian ini menggemarkan penduduk kerana pembunuhan secara beramai-ramai jarang berlaku di Kanada.
Bunuh dua lelaki Indonesia: Warga Filipina dihukum penjara 80 tahun, 24 sebatan
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhi hukuman penjara 80 tahun dan 24 sebatan ke atas seorang penganggur lelaki warga Filipina kerana membunuh dua lelaki Indonesia di Semporna, dua tahun lepas.
Bekas suami ditahan berhubung kes bunuh wanita 24 tahun
Polis menahan dua lelaki berhubung kes bunuh seorang wanita yang merupakan pembantu kedai berusia 24 tahun di Sibu Jaya di sini semalam.