Tertuduh ketujuh dalam kes pembunuhan Datuk Anthony Kevin Morais mengaku dia telah membantu bekas tertuduh kedua memadamkan nombor casis dan nombor enjin kenderaan Timbalan Pendakwa Raya itu pada 4 Sept 2015, hari mangsa dilaporkan hilang.
S. Ravi Chandaran, 47 tahun, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, dia melakukan perkara itu setelah didesak G. Gunasekaran, bekas tertuduh kedua dalam kes itu yang telah bebas.
Beliau berkata, proses pemadaman nombor casis dan nombor enjin terhadap kereta jenis Proton Perdana V6 milik Morais itu dilakukan di sebuah bengkel di Sunway Mentari, Selangor selepas kereta yang dipandu Morais dilanggar di Jalan Dutamas Raya di sini.
"Jay (Gunasekaran) ada bertanya saya macam mana hendak melupuskan keterangan (identifikasi) kenderaan, saya beritahu jika kita hilangkan nombor casis dan nombor enjin, keterangan kereta akan hilang. Saya bertanya kenapa, pada masa itu Jay berkata untuk (memadamkan identifikasi) kereta ini," katanya.
Ravi Chandaran berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Peguam V. Rajehgopal pada prosiding bela diri hari ke-18 hari ini.
Menceritakan lanjut, tertuduh berkata dia ketika itu terkejut dan tertekan dengan permintaan Gunasekaran yang lebih dikenalinya sebagai Jay itu.
Kepada soalan Rajehgopal kenapa tertuduh terkejut dan tertekan, Ravi Chandaran berkata kerana dalam pengetahuannya, pemadaman nombor casis dan nombor enjin dilakukan pada kenderaan curi sahaja sedangkan kereta Morais sepatutnya dihantar untuk dibaiki selepas terlibat pelanggaran dengan kenderaan Mitsubishi Triton dipandu tertuduh keenam, S. Nimalan, 25, pada hari sama.
"Jay mendesak saya memadamkan atau menghilangkan nombor casis dan nombor enjin. Saya tanya kenapa, dia tidak ceritakan. Dia kata dia adalah kawan saya dan mesti ada sebab jika dia tak kata apa-apa," katanya, yang menambah dia kemudian tidak membantah permintaan Jay itu lalu membantu Jay melakukan proses pemadaman tersebut.
Ravi Chandaran bagaimanapun berkata, dia yang terus sangsi dengan tindakan Jay itu, kemudian telah pergi ke sebuah pejabat di Berkeley, Klang, untuk berjumpa dengan seorang doktor pada hari sama.
Menjawab soalan Rajehgopal, siapakah doktor itu dan apakah kaitannya dengan Jay, tertuduh berkata doktor itu ialah Kolonel Dr R. Kunaseegaran yang merupakan tertuduh pertama dalam kes itu, dan dia yang telah lama mengenali Dr Kunaseegaran, pernah memperkenalkan Jay kepada doktor itu.
Tertuduh turut memberitahu tujuannya bertemu Dr Kunaseegaran adalah untuk bertanyakan doktor itu tentang pemadaman nombor casis dan enjin kereta kerana Dr Kunaseegaran sebelum ini juga pernah bertanyakan perkara sama kepadanya.
"Saya ada berbual dengan doktor, saya bertanya adakah beliau membuat apa-apa bersama Jay tanpa pengetahuan saya? Doktor beritahu tiada apa-apa. Saya menyuruh dia beritahu perkara benar, saya lontarkan kunci kereta Morais di atas meja di pejabat dia, dia bertanya apakah ini, saya beritahu ini adalah kunci kereta DPP (Timbalan Pendakwa Raya) yang kendalikan kes kamu," katanya.
Kepada soalan Rajehgopal bagaimana reaksi Dr Kunaseegaran ketika itu, tertuduh berkata, "Dia kelihatan normal."
Ravi Chandaran berkata, dia turut menceritakan kepada Dr Kunaseegaran tentang pelanggaran yang berlaku antara Mitsubishi Triton dan kereta Morais pada awal pagi di sekitar kondominium Morais, namun Dr Kunaseegaran tidak memberi apa-apa respons.
R. Dinishwaran, A.K Thinesh Kumar, M. Vishwanath, Nimalan, Ravi Chandaran, dan Dr Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Morais di dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dinishwaran, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath, 28, Nimalan dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Datuk N. Sivananthan dan pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung 10 Ogos. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 31 2018
Kereta Kevin Morais yang ditemui terbakar dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang pada 6 Sept 2015. - BERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal
Keputusan secara sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail.
Mahkamah benar tangguh prosiding rayuan enam lelaki bunuh Kevin Morais
Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan akhir pendengaran rayuan enam lelaki terhadap sabitan dan hukuman mati atas kesalahan membunuh Datuk Anthoy Kevin Morais pada 2015.
Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov
Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Nov ini untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.
Tarikh rayuan kes bunuh Kevin Morais 3 Mac ini dilapangkan
Tarikh pendengaran kes rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan kesalahan membunuh Kevin Morais, yang dijadualkan pada 3 Mac ini, telah dilapangkan.
22 Julai pengurusan kes rayuan enam individu didakwa bunuh Kevin Morais
Tarikh itu ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Nurul Azrina Mohamed Yusof semasa kes itu disebut di hadapannya pada prosiding hari ini.
Pakar patologi, lima lelaki fail rayuan terhadap hukuman mati bunuh Kevin Morais
Keenam-enam perayu memfailkan notis rayuan melalui peguam mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini hari ini.
Keadilan yang telah lama dinantikan - Adik mendiang Kevin Morais
Richard Morais tidak dapat menahan sebak selepas selesai Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tersebut kepada semua tertuduh.
Kes bunuh Kevin Morais: Enam individu ke tali gantung
Hakim Datuk Azman Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
'Jangan berhenti perangi rasuah'
Itu pesanan dua penerima anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation, yang disampaikan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, pada Selasa.
PIACCF bantu bela nasib pegawai agensi antirasuah yang teraniaya
Pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.