TESLA Cybertruck akhirnya mula diterima pembeli selepas kelewatan lebih dua tahun.

Pascapelancaran masih ramai mengatakan ia adalah kenderaan paling hodoh 2023 dan ada juga yang mengatakan ia adalah anjakan paradigma kepada rekaan trak.

Elon Musk menerusi ciapan di X kini mengatakan mereka akan menawarkan kit yang membolehkan Cybertruck beroperasi sebagai sebuah bot.

Kit akan meningkatkan kemampuan menghalang kemasukan air menerusi pintu. Tambah Musk, menerusi kit ini, Cybertruck boleh beroperasi seperti bot sehingga jarak 100 meter sahaja.

Ini bukanlah jarak yang jauh tetapi mungkin berguna dalam situasi banjir kilat di atas jalan raya seperti yang kerap berlaku d Malaysia ketika musim tengkujuh.


Sebelum ini terdapat syarikat pihak ketiga yang ingin menawarkan kit mengapung yang membolehkan Cybertruck berubah menjadi sebuah bot.

Apa yang ingin ditawarkan oleh Tesla berbeza kerana tiada aksesori luaran akan ditambah. -Amanz