awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tetapkan pendirian berhubung penggunaan Uber

Hilal Azmi
Hilal Azmi
21/06/2016
13:34 MYT
Tetapkan pendirian berhubung penggunaan Uber
ASLAH: Penggunaan aplikasi seperti Uber menggalakkan kewujudan pengusaha teksi tanpa lesen.
Persatuan Pengusaha Teksi Dan Kereta Sewa Kuala Lumpur menggesa kerajaan segera menyatakan pendirian mengenai perkhidmatan aplikasi Uber dan Grab.
Presidennya, Datuk Aslah Abdullah memberitahu, penggunaan aplikasi ini seolah-olah mengembalikan kewujudan teksi sapu yang cuba dibanteras kerajaan sejak awal tahun 70-an.
"Lembaga Perlesenan Kenderaan Persekutuan (LPKP) yang ditubuhkan sekitar 1958 berusaha untuk membanteras kegiatan teksi sapu.
"Sekitar 1970-an, tiada lagi teksi sapu di sekitar Kuala Lumpur dengan penguatkuasaan yang dibuat LPKP ketika itu," katanya ketika ditemui Astro AWANI di pejabatnya pada Selasa.
Menurutnya, undang-undang serta peraturan yang dikeluarkan untuk pemandu teksi sebelum ini adalah untuk memudahkan penguatkuasaan di samping sah di sisi undang-undang.
Bagi Aslah, penggunaan aplikasi seperti Uber menggalakkan kewujudan pengusaha teksi tanpa lesen.
"Kalau kerajaan nak luluskan Grab atau Uber, buatlah undang-undang cepat.
"Kami pun boleh ikut kalau dah ada peraturan tertentu untuk penggunaan aplikasi macam tu. Bukan susah pun," katanya lagi.
Jelasnya, pihak kerajaan diminta berbincang bersama pemain industri sebelum membuat sebarang keputusan terutamanya yang melibatkan kepentingan rakyat.
Sebelum ini, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Abdul Wahid Omar membuat kejutan dengan menjadi pemandu uber dalam usaha mempromosi perdana baharu dan bagi mengutip dana kebajikan
Salah seorang penumpangnya, Datin Orked Ahmad berkongsi perbualannya dengan Wahid melalui Whatsapp di akaun Faceboknya yang mengatakan,
"Ia adalah sesuatu yang saya ingin lakukan sejak awal, tetapi tidak dapat berbuat demikian sebagai seorang menteri, malah ketika itu, kerajaan masih belum memutuskan tentang peraturan operasi perkhidmatan teksi Uber. "
Ia sekali gus memberi gambaran bahawa perkhidmatan berkenaan sudah mendapat kelulusan daripada kerajaan dan hanya menunggu masa untuk diumumkan.
Topic Berkaitan
#Aslah Abdullah
#Pendirian
#pengangkutan
#perkhidmatan
#teksi
#Uber
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan