Setelah dua tahun lewat mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi tahun 2018, Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak RM1.6 bilion bagi tahun tersebut.
Penyusutan sebanyak 53 peratus berbanding tahun sebelumnya itu adalah berikutan perbelanjaan bukan operasi yang besar iaitu rosot nilai, hapus kira dan pelarasan nilai saksama serta kerugian kredit dijangka ke atas aset-aset TH berjumlah RM1.5 bilion berbanding hanya RM140 juta pada 2017.
Menurut TH, ini setelah mengambil kira rosot nilai yang ketara ke atas pelaburan dalam anak syarikat, syarikat bersekutu dan entiti usaha sama berdasarkan piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 136 (MFRS 136) dan kerugian nilai saksama ke atas pelaburan hartanah di bawah MFRS 140.
"Keputusan kewangan tahun ini (2018) sebenarnya menggalakkan apabila diambil kira kesemua faktor yang ada ketika tempoh penilaian dan keputusan sukar yang telah diambil bagi mempamerkan kedudukan TH yang lebih berdaya tahan," kata TH dalam laporan itu.
Menjelang akhir 2018, ia juga telah berjaya memindahkan kesemua aset kurang berdaya saingnya kepada Syarikat Tujuan Khas (SPV) yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dengan nilai pindahan sebanyak RM19.9 bilion susulan daripada Pelan Pemulihan dan Penstrukturan Semula TH.
Setakat 27 Disember 2018, TH telah memindahkan sejumlah 106 ekuiti tersenarai domestik, satu syarikat perladangan tidak tersenarai dan 29 hartanah dan tanah kepada SPV berkenaan.
"Sebagai balasan kepada pemindahan aset-aset tersebut, SPV itu telah menerbitkan sukuk berjumlah RM19.6 bilion dan baki pertimbangan jualan sebanyak RM300 juta dibayar secara tunai kepada TH."
Menurut TH, kerajaan turut menunjukkan komitmen menerusi peruntukan sebanyak RM500 juta bagi 2020 dan selanjutnya RM1.73 bilion setiap tahun sehingga keseluruhan sukuk berkenaan ditebus.
Selain itu, TH juga diberi Hak Penolakan Pertama untuk mengambil alih sebarang aset yang telah dipindahkan kepada SPV sekiranya syarikat tujuan khas itu berhasrat untuk menjual aset-aset tersebut pada masa akan datang.
"Ini bagi melindungi kepentingan TH sekiranya terdapat potensi peningkatan nilai pada aset-aset yang telah pulih di masa depan. Balasan untuk pengambilalihan aset-aset ini boleh dilakukan melalui bayaran tunai atau setara tunai.
"TH hanya akan mengambil alih aset yang boleh dipulihkan serta berdaya maju yang dapat menghasilkan jangkaan pulangan lebih tinggi daripada sasaran pulangan pelaburan TH," kata TH.
Dalam pada itu, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid menerusi Laporan Ketua Audit Negara yang dilampirkan bersama Laporan Tahunan TH itu berkata selepas pelaksanaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan berkenaan, kedudukan aset TH pada 31 Disember 2018 adalah berjumlah RM76.79 bilion manakala liabiliti sebanyak RM76.44 bilion.
TH turut merekodkan lebihan aset berjumlah RM357.34 juta setelah mengambil kira bayaran hibah.
Keuntungan bagi tahun kewangan 2018 itu terdiri daripada keuntungan nyata dan tidak nyata berjumlah RM1.6 bilion termasuk keuntungan tidak nyata daripada pindahan aset TH kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd berjumlah RM1.39 bilion.
"Daripada keuntungan berjumlah RM1.6 bilion tersebut, TH telah membayar hibah kepada pendeposit berjumlah RM922.96 juta bagi tahun kewangan 2018," katanya.
Dalam kenyataan berasingan sebelumnya, TH berkata, kelewatan pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan 2018 itu antara lainnya disebabkan oleh Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu merupakan perkara kompleks dan tidak pernah dijalankan sebelum ini.
Keadaan itu menyebabkan proses pengauditan oleh Jabatan Audit Negara mengambil masa yang agak lama sehingga menyebabkan kelewatan pembentangan laporan berkenaan, kata TH.- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020

Setelah dua tahun lewat mengemukakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan bagi tahun 2018, Lembaga Tabung Haji mengumumkan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak RM1.6 bilion bagi tahun tersebut. - Gambar fail
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/71611767988_infografikjanuari.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)
KKM memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 15 kluster berkaitan tempat kerja dan 2 kluster komuniti.

Geng Habib | Sindiket palsu keputusan ujian COVID-19 tumpas
Polis menangkap lima lelaki warga Pakistan yang terlibat dalam kegiatan menjual dan membeli surat ujian COVID-19 yang negatif.

ACL 2021 | JDT satu kumpulan dengan Jiangsu, Nagoya Grampus
Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), satu-satunya pasukan mewakili Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) akan berentap dalam Kumpulan G selepas keputusan penuh undian diumumkan.

Vaksin COVID-19 | Myanmar mulakan program vaksin petugas kesihatan
Petugas kesihatan Myanmar menjadi kumpulan pertama yang diberi vaksin COVID-19 di negara berkenaan. Ia genap lima hari selepas vaksin pertama itu diterima dari India.

PKP 2.0 | Tubuh badan khas yang lebih ketat
Beberapa sektor ekonomi perlu diberikan tumpuan khusus bagi membolehkan penguatkuasaan yang sistematik ke atas industri berkenaan.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021) [INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887479/8967789641611764359059_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu COVID-19 (27 Januari 2021)

PdPR | Pusat Internet Komuniti beri manfaat kepada pelajar
Pusat Internet Komuniti (PIK) merupakan antara pendekatan yang boleh membantu menangani masalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika ini. Bagi seorang pelajar Che Hafizal Farish Che Kheari, dia sering datang ke pusat internet komuniti di sebuah kampung di Tambun untuk mengulangkaji pelajaran.

10 Berita Pilihan - (27 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

SPM | Astro Tutor TV saji program 30 hari menjelang SPM
Mulai 23 Januari (Sabtu) ini, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bakal disajikan dengan sorotan program istimewa, '30 Hari Menjelang SPM' di platform Astro Tutor TV.

Perkeso siasat kegiatan palsukan dokumen tuntutan faedah
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang melakukan siasatan dalaman bagi mengenal pasti kewujudan sebarang kegiatan pemalsuan dokumen rekod pesakit bagi tujuan tuntutan faedah. Ia susulan kes pemalsuan dokumen bagi tujuan tuntutan faedah melibatkan seorang pegawai perubatan di sebuah hospital di Pulau Pinang pada 25 Januari lepas.

Untung bersih suku ketiga TNB susut kepada RM1 bilion
TNB mencatatkan keuntungan bersih bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 lebih rendah kepada RM1 bilion berbanding RM1.20 bilion tahun lalu.

TH catat keuntungan bersih selepas zakat sebanyak RM1.6 bilion bagi 2018
Lembaga Tabung Haji umum keuntungan bersih selepas zakat sebanyak RM1.6 bilion bagi tahun 2018.

Industri penerbangan dijangka rugi RM360 bilion tahun ini - IATA
Bagi tahun depan pula, IATA berkata kerugian dijangka turun kepada AS$15.8 bilion (RM67.5 bilion) dengan perolehan meningkat kepada AS$ 598 bilion (RM2.6 trilion).

RM3.5 bilion dividen akan dibayar kepada kerajaan - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) akan membayar dividen RM3.5 bilion kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 berbanding RM2.5 bilion pada 2018.

Saham Astro meningkat 4 peratus selepas pengumuman keputusan suku-2
Kira-kira 2.3 juta unit diurusniagakan dengan saham meningkat sehingga setinggi lapan sen kepada RM1.42.

Pos Malaysia tutup FY19 dengan catat kerugian, cari model harga baharu
Kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM141.13 juta dalam Q4 daripada keuntungan bersih RM29.03 juta tahun sebelumnya, sementara pendapatan merosot 9 peratus kepada RM594.70 juta.

TH catat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama 2019
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mencatatkan prestasi yang mampan dengan mencatat keuntungan bersih RM440 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac 2019.

AirAsia catat untung bersih lebih tinggi pada suku ketiga
Keuntungan bersih AirAsia Group Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2018 melonjak kepada RM915.87 juta berbanding RM505.32 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

PH tidak mungkiri janji 20 peratus royalti petroleum - PKR Sarawak
Naib Pengerusinya See Chee How berkata kerajaan persekutuan yang diterajui PH telahpun mengambil langkah pertama untuk menunaikan janji tersebut.

Untung bersih AirAsia Bhd naik kepada RM1.09 bilion pada suku pertama
Syarikat penerbangan itu berkata kumpulan mencatatkan tambahan 1,933,878 tempat duduk pada suku pertama 2018.