TH lantik 31 pengelola jemaah haji bagi musim 1447H/2026M

TH berkata pemilihan dibuat berdasarkan keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang dan rekod pengurusan jemaah, selaras dengan komitmen TH memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian ditetapkan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pelantikan 31 syarikat pelancongan yang diberikan lesen rasmi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) untuk menawarkan pakej haji bagi musim 1447H/2026M.
Ringkasan AI
- Lembaga Tabung Haji (TH) melantik 31 syarikat pelancongan sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen bagi musim haji 1447H/2026M, berbanding 37 syarikat pada musim lalu selepas penilaian terhadap 60 permohonan.
- Ketua Jabatan Haji TH, Mohd Hisham Harun, berkata pemilihan dibuat berdasarkan keupayaan kewangan, pematuhan undang-undang dan rekod pengurusan jemaah, selaras dengan komitmen TH memastikan PJH beroperasi mengikut piawaian ditetapkan.
- Orang ramai dinasihatkan menyemak senarai PJH sah di portal TH dan mengelak tawaran haji oleh pihak tidak berlesen yang menyalahi Akta Tabung Haji 1995 serta boleh dianggap sebagai penipuan.
Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati terhadap tawaran pakej haji oleh pihak tidak berlesen dan semua bakal jemaah disaran menyemak senarai rasmi PJH berlesen melalui portal TH di www.tabunghaji.gov.my.
"TH menegaskan bahawa sebarang tawaran haji oleh pihak tidak berlesen adalah menyalahi Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dianggap sebagai penipuan (scam)," katanya.
Beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau agensi terlibat dan menyeru semua umat Islam yang berhasrat menunaikan haji, supaya hanya berurusan dengan PJH yang sah dan dilesenkan oleh TH.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


