awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH, MCMC perlu kerjasama banteras pakej haji, umrah palsu - Mohd Na'im

Astro Awani
Astro Awani
20/04/2025
06:48 MYT
TH, MCMC perlu kerjasama banteras pakej haji, umrah palsu -  Mohd Na'im
Mohd Na’im menegaskan bahawa tindakan undang-undang menanti pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk yang masih mempromosikan pakej palsu kepada orang ramai. - Gambar/ Astro AWANI
SHAH ALAM: Tabung Haji (TH) perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam membanteras penipuan pakej haji dan umrah secara dalam talian.
Menterinya, Datuk Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan bahawa tindakan undang-undang menanti pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk yang masih mempromosikan pakej palsu kepada orang ramai.
“Saya minta Tabung Haji untuk lihat kepada mana-mana kes yang melibatkan penipuan ini untuk diambil tindakan. Ada tindakan memerlukan kita bekerjasama dengan pihak-pihak lain termasuk MCMC di mana promosi itu dibuat secara dalam talian.
"Jadi Tabung Haji akan berurusan dengan MCMC serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
“Tuanku (Sultan Selangor) masa santapan tadi pun maklum supaya diulang balik... tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menipu itu yang mengambil ruang untuk mengaut keuntungan di atas kesusahan orang lain,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Ahad.
Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah umat Islam diingatkan agar tidak menganiaya sesama sendiri dengan mengambil kesempatan menawarkan pakej haji palsu untuk mengaut keuntungan.
Baginda bertitah agar mana-mana individu yang ingin mengerjakan ibadah haji supaya berhati-hati dan tidak menggunakan agensi yang tidak diketahui latar belakang sehingga terperdaya.
Sementara itu, Mohd Na’im menggesa umat Islam untuk membuat semakan status ejen yang menawarkan pakej haji dan umrah dalam talian dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum membuat pembayaran.
Topic Berkaitan
#MCMC
#Mohd Na'im Mokhtar
#MOTAC
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan