awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TH sambut baik cadangan bina terminal khas jemaah haji, umrah

Azlinariah Abdullah
Azlinariah Abdullah
24/05/2024
10:00 MYT
TH sambut baik cadangan bina terminal khas jemaah haji, umrah
Syed Saleh (tengah) berkata, ia merupakan kesinambungan kemudahan yang diperoleh jemaah haji Malaysia sebelum ini. -Foto ihsan Tabung Haji
MEKAH: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menyifatkan cadangan Kementerian Pengangkutan berhubung pembinaan terminal khas untuk jemaah haji dan umrah mampu memberi kesan positif dalam melancarkan urusan jemaah.
Malah, Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ia merupakan kesinambungan kemudahan yang diperoleh jemaah haji Malaysia sebelum ini.
“Setakat ini belum ada lagi mana-mana negara yang mempunyai terminal khas seperti ini dan untuk Makkah Route Initiative, hanya ada tujuh negara yang menerima kemudahan tersebut.
“Justeru, cadangan seperti ini akan dibincangkan secara teliti di peringkat kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat TH, di Mekah.
Sebelum ini Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi cadangan agar satu terminal khas untuk jemaah haji dan umrah di Kuala Lumpur diwujudkan.
Antara lain, katanya, kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji dan umrah.
Ia sekali gus membantu melancarkan penerbangan dari Jeddah atau tempat lain dari Arab Saudi terutama jika tiba musim haji yang memerlukan lebih banyak penerbangan tambahan.
Fokus utama dalam perbincangan tersebut termasuk kemudahan tambahan kepada jemaah umrah Malaysia.
Menurut Anthony, dengan pembinaan terminal khas tersebut, kerajaan Malaysia berharap pelepasan imigresen Arab Saudi diperluaskan kepada jemaah umrah setiap tahun.
Ujarnya, perkara tersebut akan mampu direalisasikan dengan segera bagi membantu jemaah dari Malaysia.
Jemaah haji Malaysia mendapat manfaat besar daripada Makkah Route Initiative yang kini memasuki tahun keenam, yang menyelaraskan pengalaman perjalanan mereka dengan memastikan perkhidmatan pengurusan dan penandaan bagasi yang lancar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perkhidmatan itu menghapuskan keperluan menunggu untuk menuntut bagasi di Arab Saudi, membolehkan pemindahan terus bagasi ke penginapan di Mekah dan Madinah.
Topic Berkaitan
#Syed Saleh Syed Abdul Rahman
#Anthony Loke
#Tabung Haji
#terminal khas
#Makkah Route
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan