BANGKOK: Seramai 7,906,696 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 di Thailand.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata setakat Isnin seramai 2,227,848 individu sudah mendapat dos yang lengkap.
Menurut beliau, setakat ini 5,678,848 individu menerima dos pertama vaksin sejak kempen vaksinasi dilancarkan pada 28 Februari.
"Kami menyasarkan untuk memvaksin 10 juta orang pada akhir bulan ini," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini semalam.
Thailand memperhebat kempen vaksinasinya di tengah-tengah rancangan negara ini untuk membuka semula pintunya kepada pelancong yang sudah lengkap divaksin, menjelang pertengahan Oktober.
Sementara itu, jurucakap kerajaan Anucha Burapachaisri menyatakan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semalam meluluskan syor pembukaan semula pulau peranginan Phuket bermula 1 Julai di bawah program "Phuket Sandbox"
Anucha berkata kabinet juga meluluskan cadangan membuka semula pulau seperti Koh Samui, Koh Phang Nga dan Koh Tao di bawah pelan "Samui Plus", mulai 15 Julai.
Dalam usaha memulihkan semula industri pelancongannya yang terjejas akibat COVID-19, Thailand melancarkan "Phuket Sandbox" dan "Samui Plus" untuk menyambut ketibaan pelancong lengkap divaksin, dari negara berisiko rendah dan sederhana tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.
Sementara itu, Thailand mencatatkan 4,059 kes baharu COVID-19 dan 35 kematian dalam tempoh 24 jam lalu. Secara keseluruhan negara ini sudah mencatatkan 225,365 kes dan 1,693 kematian.
Daripada 4,059 kes baharu, Taweesin menyatakan 4,038 adalah jangkitan tempatan termasuk 1,706 melalui pengesanan kes aktif. Jumlah itu turut melibatkan 75 banduan, 21 kes import, termasuk 14 rakyat tempatan yang menyelinap masuk dari Kemboja.
Kematian baharu melibatkan 25 lelaki dan 10 wanita berusia antara 28 dan 94 tahun, termasuk masing-masing satu warga Myanmar dan warga Laos.
Sebanyak 15 kematian di Bangkok, enam di Samut Sakhon, lima di Samut Prakan, dua di Chachoengsao dan masing-masing satu di Chon Buri, Nonthaburi, Nakhon Si Thammarat, Ayutthaya, Phuket, Suphan Buri dan Udon Thani, tambahnya.
"Tiga kluster baharu COVID-19 dilaporkan di Bangkok sepanjang 24 jam lalu, menjadikan terdapat 94 kluster di ibu negara, setakat ini," katanya.
Di Pattani, kerajaan daerah mendirikan enam hospital medan dengan 762 katil berikutan peningkatan kes di wilayah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 22 2021
Setakat Isnin, Thailand sudah mencatatkan 225,365 kes baharu COVID-19 dan 1,693 kematian. - Gambar fail REUTERS
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
Trafik di lebuh raya utama sesak
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi Aplikasi X, PLUS Trafik melaporkan, aliran trafik sesak di Pulau Pinang dari Jawi ke Bandar Cassia.
PLUS buka 18 lorong tambahan ‘Smart Lane’ sempena Aidilfitri
Lorong kecemasan akan dibuka sebagai laluan tambahan untuk kegunaan kenderaan ringan, persendirian atau penumpang untuk waktu tertentu.
Pemandu hilang kawalan punca kemalangan tujuh kenderaan - Polis
Kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah bas ekspres malam tadi berpunca daripada kenderaan jenis Honda Accord yang dipandu laju sehingga hilang kawalan sebelum terbabas.
Pemandu pacuan empat roda maut, dua parah kemalangan babitkan tujuh kenderaan
Dua individu yang cedera parah dikenal pasti sebagai penumpang kenderaan 4WD dan pemandu Honda Accord yang terlibat dalam kemalangan.
PLUS tambah baik Smart Lane sempena Aidilfitri
Antaranya ialah menambah baik papan tanda pemberitahuan dan peringatan iaitu dari segi reka bentuk serta kuantiti.
Projek pelebaran Lebuhraya PLUS diteruskan sehingga Ayer Hitam - Ahmad Maslan
Projek pelebaran Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) daripada empat lorong kepada enam lorong yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga Ayer Hitam.
Jangan halang pemandu lain guna Smart Lane - PDRM
Memandu laju di laluan tersebut juga merupakan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
PLUS aktifkan 18 Smart Lane sempena Aidilfitri
PLUS mengaktifkan 18 laluan Smart Lane di lokasi tumpuan di lebuh rayanya bagi membantu melancarkan pergerakan trafik ketika cuti Hari Raya Aidilfitri bulan depan.